Contoh Surat Rasmi: Format & “Template” Terkini

Contoh Surat Rasmi | Contoh Surat Kiriman Rasmi | Format Surat Rasmi

Contoh Surat Rasmi Terkini

Surat-menyurat adalah salah satu daripada kaedah komunikasi yang digunapakai secara meluas sehingga ke hari ini. Ia biasanya ditulis untuk pelbagai tujuan seperti membuat permohonan, bantahan, cadangan, makluman, aduan dan lain-lain. Dewan Bahasa & Pustaka telah menggariskan panduan  menulis surat rasmi menggunakan format yang betul. Untuk memudahkan anda, di sini saya kongsikan contoh surat rasmi terkini yang relevan sebagai rujukan. Bukan itu sahaja, di sini juga saya kongsikan contoh-contoh surat rasmi di dalam format Microsoft Word (.doc) yang boleh dimuat turun secara terus untuk kegunaan anda.


Format Surat Rasmi

Meskipun di sini terdapat contoh surat rasmi untuk rujukan, tetapi berkemungkinan ada di antara anda yang menginginkan sesuatu yang lebih spesifik mengikut keperluan anda. Oleh itu, ingin saya kongsikan dahulu contoh format surat rasmi dan anda boleh menggunakan format ini sebagai panduan atau kerangka utama untuk menulis surat rasmi dengan betul. Sila rujuk infografik ini sebagai panduan (klik/tap pada imej untuk membesarkannya).

Contoh Surat Rasmi | Format Surat Rasmi Terkini 2017 | aliff.co

Sesetengah organisasi mungkin mempunyai formatnya yang tersendiri dan telah menetapkan standard untuk beberapa perkara, termasuklah jenis & saiz “font” yang digunapakai. Di dalam situasi sebegini, anda bolehlah menggunakan surat-surat lama yang dikeluarkan oleh organisasi anda sebagai panduan. Sekiranya organisasi anda mempunyai Jabatan Perhubungan Awam (Public Relations Department), anda boleh juga mendapatkan nasihat pegawai yang bertugas kerana lazimnya jabatan inilah yang bertanggungjawab menetapkan format surat rasmi sesebuah organisasi.


Tips Menulis Surat Rasmi Dengan Baik

Tips Menulis Surat Rasmi | Contoh Surat Rasmi 2017

Berikut adalah beberapa tips berguna untuk menulis surat rasmi yang baik:

  • Kandungan surat rasmi mestilah ditulis dengan gaya formal. Gunakan bahasa baku yang ringkas- tetapi jangan terlampau ringkas sehingga merosakkan isi dan mengaburi mesej sebenar yang ingin disampaikan di dalam surat tersebut.
  • Penggunaan bahasa kiasan dan berbunga-bunga adalah tidak digalakkan sama sekali. Simpan skill tersebut dan gunakan ketika anda menulis novel “Sebenarnya Dia Jiran Saya” nanti.
  • Gunakan kata panggilan hormat yang sesuai untuk penerima, seperti “Yang Berhormat”, “Yang Berbahagia”, “Datuk”, “Datin”, “Tan Sri”, “Tuan”, “Puan” dan sebagainya mengikut kesesuaian. Namun begitu, “Tuan” adalah kata panggilan hormat yang paling lazim digunakan sekiranya anda tidak mengenali atau mengetahui status penerima tanpa mengira jantina.
  • Elakkan penggunaan singkatan perkataan. Jika anda tetap mahu menggunakannya, maka tafsirkan singkatan perkataan tersebut di bahagian paling awal surat.
  • Nomborkan setiap perenggan kecuali perenggan pertama (pendahuluan) dan terakhir (penutup). Mulakan nombor perenggan selepas perenggan pendahuluan dengan nombor 2.
  • Baca atau proofreadsurat anda berulang kali sebelum menghantar surat bagi mengelakkan kesalahan ejaan dan tatabahasa. Langkah terbaik adalah meminta orang lain membacanya.

Contoh Surat Rasmi

Kini setelah anda memahami konsep dan format surat rasmi yang betul, anda bolehlah mula menulis! Sekiranya anda memerlukan contoh segera, di sini saya kongsikan beberapa jenis surat sebagai panduan. Anda cuma perlu klik/tap pada pautan-pautan ini untuk memuat turun contoh surat rasmi yang anda inginkan. Sekiranya contoh yang anda inginkan tiada di sini, sila komen di bawah supaya saya boleh memuat naik beberapa contoh lain mengikut keperluan anda di masa hadapan.

Contoh Surat Rasmi Permohonan:

Contoh ini berguna bagi tujuan membuat permohonan untuk apa sahaja, seperti permohonan kerja, membuat lawatan dan sebagainya.

Muat Turun (Format Microsoft Word)

Contoh Surat Rasmi Rayuan:

Anda sudah membuat sesuatu permohonan tetapi ditolak? Jangan putus asa. Anda bolehlah cuba menghantar surat rayuan pula. Contoh ini berguna sebagai panduan untuk mendapatkan biasiswa, peluang melanjutkan pelajaran dan banyak lagi.

Muat Turun (Format Microsoft Word)

Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah:

Contoh ini berguna sebagai panduan untuk ibu bapa yang ingin menulis surat rasmi bagi pihak anak-anak kerana tidak dapat hadir ke sekolah.

Muat Turun (Format Microsoft Word)

 


Lagi topik-topik menarik oleh Aliff.co untuk dibaca:


Video Tutorial Menulis Surat Rasmi

Tekan “play” untuk menonton tutorial menulis surat rasmi melalui video.

Komen Facebook