The Kitchen, Quill City Mall: Jom Berbuka Puasa Di Sini!

The Kitchen Quill City Mall Review KL

The Kitchen, Quill City Mall: Review Hidangan Berbuka Puasa 2017

Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada pembaca-pembaca blog Aliff.co. Pada 15 Jun 2017, saya telah dijemput oleh pihak pengurusan Quill City Mall untuk menghadiri sesi berbuka puasa dan food tasting untuk salah satu daripada restoran yang ada di situ, iaitu The Kitchen, sebuah Asian Fusion Restaurant.

Bersempena dengan bulan Ramadhan ini, The Kitchen telah menawarkan pakej berbuka puasa untuk pengunjung-pengunjungnya. (klik di sini untuk terus melihat pakej berbuka)

Memandangkan slogan The Kitchen adalah “season everything with love”, review ini bertujuan untuk¬†test sama ada betul hidangan mereka dimasak dengan kasih sayang ke tak. ūüôā

The Kitchen Kuala Lumpur | Quill City Mall
Suasana di dalam restoran The Kitchen, Quill City Mall

Untuk review kali ni, saya tidak berkeseorangan. Terdapat beberapa blogger lain yang turut dijemput oleh pihak pengurusan Quill City Mall. The more the merrier, kan?

The Kitchen Kuala Lumpur | Quill City Mall
Cik Sylvia mewakili pihak pengurusan Quill City Mall bersama-sama rakan blogger lain.

OK, selalunya bila kita buat review ni, kadang-kadang berat sebelah, kan? Maklumlah, orang macam saya ni memang lidah local. Lagi satu, memandangkan saya dibesarkan di Kelantan, saya memang suka makan benda-benda manis dan tahap toleransi terhadap benda-benda pedas pun tinggi (hari ini dalam sejarah: masa kecik-kecik saya pernah menang lawan makan cili dengan sepupu saya dan dapat pegang Digimon dia selama seminggu). Jadi nak bagi balance sikit untuk review kali ni, saya ajak sekali member daripada Brazil bernama Bruno untuk bersama-sama merasa dan mengkritik makanan The Kitchen ni. Kita selit komen daripada Mat Salleh sekali, amacam?

The Kitchen Kuala Lumpur | Quill City Mall
Rakan saya, Bruno dari Brazil di dalam foto bersama-sama rakan blogger, Teguh Prasetyo dan tunangnya.

Juadah Berbuka

The Kitchen Kuala Lumpur | Quill City Mall

Untuk review kali ini, kami telah mencuba menu daripada set D (klik untuk melihat harga). Di dalam set ini, terdapat Seafood Curry, Sweet & Sour Whole Fish, Mango Chicken, dan sayur campur. Selain itu, kami juga diminta merasa & memberikan komen terhadap dua hidangan add-on, iaitu cucur udang & kerabu mangga.

Seafood Curry

The Kitchen Kuala Lumpur | Quill City Mall | Seafood Curry

Menu yang bagi saya adalah highlight untuk berbuka puasa di The Kitchen kali ini namanya Seafood Curry. Tapi, sebagai seorang peminat tegar kari dan berdasarkan pengalaman menetap di negeri yang famous  dengan asam pedas selama hampir 3 tahun (Melaka), sekali imbas nampak macam asam pedas. Tapi tu dia, nampak macam tapi bukan. Bila dah dikacau tu, baru warna sebenar masakan ini timbul Рhah masa tu baru nampak macam kari.

Dari segi jenis rasa, saya mengalami sedikit komplikasi untuk tentukan rasa sebenar kari ini. Nak tahu kenapa? Sebab bila pejam mata, kejap-kejap rasa asam pedas, lepas tu ada sedikit rasa tom yam, lepas tu datang pulak rasa kari. Apo nak dikato, betullah ini Asian Fusion punya menu!

Dari segi kualiti rasa pula, saya boleh bagi above average (kategori sedap) kerana rasanya yang cukup – iaitu rasa manis & masam adalah “just right”. Masakan sebegini memang sesuai untuk dijadikan kuah dan diambil bersama nasi ketika berbuka. Mengikut skala pedas pula, saya bagi 3/10 sebab rasa pedas geli-geli tu ada, tapi tak sampai menyengat. Jadi, menu ini juga boleh dimakan mereka-mereka yang tak tahan pedas. Nak dijadikan cerita pasal pedas ni,¬†member¬†saya Bruno memang tak boleh makan pedas. Bila tengok warna merah kari ni, langsung dia tak nak jamah.

Mango Chicken

Mango Chicken juga adalah salah satu daripada menu yang boleh dikatakan menarik juga. Jarang-jarang je saya pergi restoran boleh jumpa menu ini. Di  The Kitchen, cara menu ini dihidangkan adalah dengan menggunakan daging ayam yang telah dipotong kecil dan dimasak bersama pati buah mangga. Hirisan buah mangga segar juga dihidangkan bersama. Ia memberikan rasa unik kerana campuran rasa ayam dan buah pada masa yang sama.

Sayur Campur

Sayur campur yang dihidangkan juga rasanya OK. Kualiti sayur yang digunakan adalah segar, dan bila dimakan anda boleh merasakan teksturnya yang agak juicy dan rangup. Sedikit seasoning telah diletakkan untuk memberikan rasa kepada menu ini.

Ikan Masak Masam Manis

The Kitchen Kuala Lumpur | Quill City Mall | Ikan Masak 3 Rasa

Sedikit pesanan nutrisi di bulan puasa ni, jangan lupa untuk ambil makanan banyak protein kerana ia lebih mengenyangkan. OK, ikan masak masam manis ini adalah sumber protein utama di dalam Set D, dan ia telah disediakan dengan baik. Isi ikan ini adalah lembut dan tidak over-cooked.

Dari segi portion, seekor ikan ini cukup untuk dimakan oleh 4 orang biasa. Tapi, kalau pergi 4 orang dan semuanya jenis nafsu tahap gaban, then mungkin tak cukup untuk anda. Tapi jangan risau, menu lain ada sebagai backup.

Kerabu Mangga (Add-On)

Kerabu mangga yang dihidangkan memang rasa macam mangga (apa anda expect)? Dari segi tekstur, mangga yang digunakan dalam hidangan ini adalah fresh. Mengikut skala pedas, saya bagi 5/10 kerana seasoning yang diletakkan. Tapi menurut Bruno, dalam semua menu yang dicuba (tak ambil kira seafood curry tadi), kerabu mangga ni yang paling pedas. Merah padam muka dia bila rasa kerabu mangga ni.

Cucur Udang (Add-On)

Cucur Udang The Kitchen Kuala Lumpur | Quill City Mall

Sebagai pencuci mulut, saya telah mencuba cucur udang The Kitchen yang dihidang bersama sos cili. Ya, sepatutnya sebab bulan puasa orang makan kuih dahulu. Tapi, tak bangun sahur punya pasal, lepas azan je terus saya ngap nasi dahulu. Jadi, kita isi kekosongan di dalam perut yang berkeroncong sepanjang hari dengan heavy food dulu, benda kecik-kecik macam ni kita main selit-selit je sebagai penutup.

Rasa cucur udang ini bolehlah tahan kerana tepung yang digunakan kualitinya OK, dan udang yang digunakan di dalam masakan juga adalah udang segar. Tapi bila digigit, ianya kurang rangup- mungkin kerana chefnya meletakkan lebih kepentingan kepada kepadatan cucur udang ini.


Komen Keseluruhan

Secara amnya, masakan yang dihidangkan di sini adalah cukup bagus. Kualiti masakan yang disediakan menggunakan bahan-bahan yang segar dan memberikan penuh rasa, sesuai untuk dijadikan pilihan lokasi berbuka puasa. Bila rasa itu sikit, dan rasa ini sikit, last-last tetap puas dan kenyang.

Cuma dari segi minuman, jus epal yang saya rasa tu sedikit manis daripada biasa. Jadi untuk mereka yang sedang berdiet dan menitikberatkan pengambilan gula, mungkin boleh berikan pesanan untuk kurangkan gula dalam minuman (tambahkan manis dalam senyuman). Nak lagi best mintak jangan letak gula terus.

In overall, adalah juga rasa kasih sayang dalam masakan tu. hehe


Pakej Berbuka Puasa di The Kitchen, Quill City Mall

Set A (untuk 2 orang) – RM45++

  • Seafood Curry¬†/ Tom Yam Soup
  • Mixed Vegetables
  • Mango Chicken
  • 2 hidangan¬†nasi putih

Set B (untuk 2 orang) – RM55++

  • Seafood Curry / Ox Tail Curry
  • Mixed Vegetables
  • Sweet & Sour Fish Fillet
  • Omelette
  • 2 hidangan¬†nasi putih

Set C (untuk 3-4 orang) РRM65++

  • Seafood Curry¬†/ Tom Yam Soup
  • Mixed vegetables
  • Sweet & Sour¬†or “3 Rasa”¬†Fish Fillet
  • Mango Chicken
  • 4 hidangan¬†nasi putih

Set D (untuk 3-4 orang) РRM95++

  • Seafood curry / Ox Tail Curry
  • Mixed Vegetables
  • Sweet & Sour or Deep Fried Whole Fish
  • Mango Chicken
  • 4 hidangan¬†nasi putih

Set E (untuk 5-6 orang) РRM135++

  • Seafood Curry¬†/ Tom Yam Soup
  • Mixed Vegetables
  • Butter Prawn
  • Sweet & Sour¬†or “3 Rasa”¬†Fish Fillet
  • Mango Chicken
  • 6 hidangan¬†nasi putih

Set F (untuk 5-6 orang) – RM165++

  • Seafood curry / Ox Tail Curry
  • Mixed Vegetables
  • Butter Prawn
  • Sweet & Sour or Deep Fried Whole Fish
  • Mango Chicken
  • Mango “Kerabu”
  • 6 hidangan¬†nasi putih

Set Minuman

Minuman Sejuk (RM15.00 satu jag)

  • Teh O’ Ais
  • Teh O’ Ais Limau
  • Limau Ais
  • Sirap Ais
  • Sirap Limau Ais

Minuman Buah (RM20.00 satu jag)

  • Tembikai
  • Epal
  • Oren
  • Mangga
  • Kedondong Asam Boi

Minuman Yogurt (RM25.00 satu jag)

  • Mangga
  • Epal
  • Honey dew
  • Hawaii Tropica

Minuman “Special” (RM25.00 satu jag)

  • Laici soda
  • Teh O’ Laici
  • Ribena Laici
  • Sirap Laici

Hubungi the Kitchen

The Kitchen di Quill City Mall KLJika anda berminat untuk berbuka puasa di the Kitchen, anda bolehlah ke laman Facebook rasmi mereka di sini. Anda juga boleh membaca review pengunjung-pengunjung lain di laman Facebook mereka.

Restoran The Kitchen ini terletak di Tingkat 4 Quill City Mall, dan ia dibuka setiap hari bermula 11:00 pagi sehingga 10:00 malam. Restoran yang boleh menampung 120 pengunjung dalam satu-satu masa ini juga mengambil tempahan untuk sambutan hari jadi dan majlis perjumpaan.

Komen Facebook