Anda Mencari Surau Pavilion KL? Saya ada Jawapannya

Surau di Pavilion KL Berada di Tingkat 5

Pavilion adalah salah satu daripada lokasi membeli-belah yang paling eksklusif di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Sambil membeli-belah, mereka yang beragama Islam haruslah menitikberatkan juga kepentingan untuk mengerjakan solat terutamanya di awal waktu. Nak tahu bagaimana untuk ke surau di Pavilion KL? Jom saya tunjukkan salah satu daripada surau di sini yang senang untuk dicari!


1. Cari Main Centrum

Lokasi Surau di Pavilion KL

Sekiranya anda tidak familiar dengan Pavilion KL, cara paling senang untuk mencari surau adalah dengan mencari main centrum atau ruang legar utama di sini. Main centrum ini akan anda jumpa sekiranya anda masuk ke dalam pusat membeli-belah ini daripada pintu masuk utama. Laluan untuk ke surau berada di kawasan yang mempunyai penanda arah merah di dalam gambar.

2. Naik Ke Tingkat 5

Sesudah anda ke tingkat 5, terdapat 2 laluan untuk ke surau Pavilion KL.

A. Masuk Melalui Laluan Bersebelahan Kedai Lot 5:36

Surau di Pavilion KL

Apabila anda sudah menjumpai main centrum, naik escalator ke tingkat 5 dan terus ke sebelah kanan centrum. Ketika artikel ini ditulis, kedai “Kid Style” berada di sini iaitu betul-betul di sebelah laluan ke lif. Untuk memudahkan anda lagi, anda boleh mencari kedai bernombor Lot 5:36.

Surau di Pavilion KL

Seterusnya, anda perlu berjalan ke lif. Di sebelah kanan lif, terdapat satu pintu yang tersorok. Masalahnya di sini adalah kerana ketiadaan papan tanda.

B. Masuk Melalui Laluan Bersebelahan Kedai Lot 5.31.00

Surau di Pavilion KL

Selain mengikut laluan bersebelahan lif tadi, anda juga boleh mencari kedai “Fitflop” (yang ada di sini ketika artikel ini ditulis) atau kedai bernombor Lot 5.31.00. Laluan dari sini lebih mudah kerana terdapat penanda surau.

3. Anda Akan Jumpa Laluan Ini

Surau di Pavilion KL
Apa yang anda akan nampak daripada laluan A
Surau di Pavilion KL
Apa yang anda akan nampak daripada laluan B

Apabila berada di dalam, anda akan menjumpai papan tanda untuk ke surau. Ini jalannya.

Surau di Pavilion KL

Laluan ke surau terletak di celah-celah ni. Jalannya agak sempit.

Surau di Pavilion KL

Dari sini, anda sudah boleh nampak surau tersebut.

4. Hayya ‘alal Falah!

Surau di Pavilion KL
Tempat Wuduk di surau Pavilion KL
Surau di Pavilion KL
Ruang solat di surau Pavilion KL

Waktu Operasi surau Pavilion KL Tingkat 5:

  • 5:30 pagi – 7:00 pagi (Subuh)
  • 12:30 tengahari – 12:00 tengah malam (Zohor hingga Isyak)

Meskipun ruang solat di tingkat 5 ini tidak seberapa besar, namun ia cukup untuk menampung sekitar 30 orang jemaah di dalam satu-satu masa. Selain daripada itu, surau ini juga dilengkapi sistem penghawa dingin. Jadi, anda bolehlah solat dengan tenang & selesa.

Semoga maklumat yang dikongsikan dapat memberikan manfaat kepada kita bersama. Selamat mengerjakan solat!


Pautan yang Berguna: Waktu Solat Kuala Lumpur

Dah jumpa surau di Pavilion KL tapi nak tahu tentang waktu solat? Di sini juga saya sertakan pautan untuk anda mengetahui waktu solat terkini bagi kawasan Kuala Lumpur. Sila klik di pautan ini:

Waktu Solat Kuala Lumpur


Sekiranya anda sedang bermusafir, sila baca Panduan Solat Jamak di sini.

Lagi artikel menarik untuk dibaca:

Komen Facebook