Teka Teki Lawak, Lucu & Susah Beserta Jawapan

Kompilasi teka teki paling susah, lawak dan lucu | aliff.co | Aliff Mazli Blogger Malaysia

TEKA TEKI PALING LAWAK, LUCU DAN SUSAH

Teka teki adalah aktiviti menguji minda yang dimainkan sejak azali. Ia melambangkan kreativiti masyarakat kita dalam berhibur. Biasanya, elemen lawak disuntik di dalam permainan teka teki sebagai penambah perisa. Selain memberikan anda mental exercise dan boleh memberikan intellectual pleasure atau keseronokan intelektual apabila anda dapat menjawab soalan teka-teki dengan betul!

KOMPILASI SOALAN TEKA TEKI SUSAH & LAWAK

Sehebat manakah anda di dalam arena teka-teki? Cubalah jawab himpunan teka teki lawak dan susah ini! Untuk setiap jawapan betul, Nora Danish bagi anda 5 markah. Tapi, anda kena la berlaku jujur, ya? Fikir dulu masak-masak dan gunakan talian hayat baru lihat jawapan teka teki ini. Kemudian kongsikan markah anda di bahagian komen, dan share soalan teka teki lawak ini di Facebook untuk mencabar rakan-rakan anda!

FASA 1: SOALAN TEKA TEKI LUCU & SUSAH NO. 1 – NO. 10


SOALAN 1

Sebuah basikal ada tayar, lepas tayar pulak ada tempat duduk, lepas tempat duduk ada pulak besi, lepas besi, ada handle, lepas handle apa?

Klik untuk lihat jawapan

Jatuh! Aduh sakitnya bukan kepalaaaaaang!

 SOALAN 2

Ada satu benda ni, kalau kita tak bagitahu orang yang kita ada dia, dia akan tetap ada. Tapi, kalau kita bagitahu je orang, terus dia jadi tak ada. Apakah benda ni?

Klik untuk lihat jawapan

Rahsia. Bila dah bagitahu orang, takdelah rahsia lagi.

 


 SOALAN 3

Teka teki paling lawak lucu dan susah aliff.co

Dalam banyak-banyak api la kan, ada sejenis api yang tak panas. Api apa tu?

Klik untuk lihat jawapan

Bil api (Biasa-biasa memang tak panas, tapi kalau tinggi boleh bikin panas..hehe)

SOALAN 4

Ketika dicari memang susah nak dapat. Tapi bila dah dapat, ia dibuang macam tu saja. Apa bendanya tu?

Klik untuk lihat jawapan

Tahi hidung. Hah tanya lagi tahi hidung sape..

SOALAN 5

Masa pergi dia terbang, masa balik dia berenang-renang. Siapa dia?

Klik untuk lihat jawapan

Mata kail. Abam kaki mancing takkan tak boleh jawab kot..

SOALAN 6

Teka teki paling lucu dan susah aliff.co

Kenapa Superman selalu pakai baju ketat je?

Klik untuk lihat jawapan

Nak buat macam mana, dah baju dia saiz S.

SOALAN 7

Dia ada banyak kaki, tapi dia bukan binatang. Dia lalu ikut landasan, tapi dia bukan keretapi. Apakah dia?

Klik untuk lihat jawapan

Zip.

SOALAN 8

Apakah binatang yang hidup di udara, darat, dan juga air?

Klik untuk lihat jawapan

Burung Raja Udang, sebab dia jadi burung di udara, raja di darat, dan udang di laut.

SOALAN 9

Dalam banyak-banyak nasi la kan, nasi apa yang boleh bergerak sendiri?

Klik untuk lihat jawapan

Nasi Goreng Pattaya (sebab ada 4 tayar).

SOALAN 10

Teka teki paling lawak lucu dan susah aliff.co

Kalau seorang, dia sendiri tahu. Bila berdua pula, dua-dua mesti tahu. Tapi kalau bertiga, tiada yang tahu kecuali orang yang buat. Kalau berempat pula, lagilah tak tahu. Apa dia tu?

Klik untuk lihat jawapan

Kentut (lagi-lagi yang jenis silent killer.. senyap tapi membunuh.)

FASA 2: SOALAN TEKA TEKI LAWAK & SUSAH NO. 11 – NO. 20


SOALAN 11

Lampu trafik ni mula-mula kuning. Lepas tu merah. Lepas merah, hijau. Lepas hijau, apa?

Klik untuk lihat jawapan

Jalan la, nanti kang tak pasal-pasal kena hon.

SOALAN 12

Sekolah apa yang tak gurunya tak ada, muridnya pun tak ada?

Klik untuk lihat jawapan

Sekolah cuti la.

SOALAN 13

jawapan teka teki paling lawak lucu dan susah aliff.co

Saya ada 11 tangan, 24 kaki, dan 7 kepala. Siapa saya?

Klik untuk lihat jawapan

Saya penipu besar. Hahaha jangan marah aa..

SOALAN 14

Apa benda yang kita boleh nampak, tapi bila kita cuba pegang tak dapat-dapat walaupun dia tak lari pun?

Klik untuk lihat jawapan

Air.

SOALAN 15

soalan teka teki paling lawak lucu dan susah aliff.co

Ada 3 sekawan pergi mandi-manda di kolam renang. Tapi lepas mandi, hanya 2 orang yang kepalanya basah. Kenapa yang lagi seorang ni tak basah?

Klik untuk lihat jawapan

Sebab dia botak.

SOALAN 16

Adalah sebuah kampung terpencil di selatan Malaysia, ada seorang perempuan yang baru melahirkan anak. Lepas anak dia lahir, dia terus namakan “Sarah”. Kenapa ?

Klik untuk lihat jawapan

Sebab anak dia perempuan la. Atau mungkin dia peminat Siti Sarah.

SOALAN 17

Ada brader ni nak naik bas, tapi Dia ada 50 sen je. Masalahnya, tambang bas ke tempat dia nak pergi tu kena bayar 60 sen. Cuba teka apa dia buat untuk dapat ke tempat tu??

Klik untuk lihat jawapan

Buat muka seposen.

SOALAN 18

Teka teki paling lawak lucu dan susah aliff.co

Apa benda yang kita boleh tengok dengan cermin tetapi tak boleh ditengok dengan mata kepala kita sendiri?

Klik untuk lihat jawapan

Telinga kita.

SOALAN 19

Kalau gajah meniti, titi tu patah. Lepas tu kambing pulak yang nak lalu. Hah, apa pulak yang patah?

Klik untuk lihat jawapan

Patah balik.

SOALAN 20

Kenapa agaknya hidung lembu biasanya berair?

Klik untuk lihat jawapan

Sebab lembu tak pandai kesat hidung dengan tisu. Lagi satu sebab tak tahan bau tuan dia.

BONUS: TEKA TEKI MATEMATIK DAN JAWAPAN

Tak puas dengan teka teki lawak bodoh tadi? OK, jom bermain teka teki matematik pula!


SOALAN 1

Teka Teki Matematik Paling Susah

Dalam satu pertandingan lumba lari, anda telah berjaya memotong pelari di tempat ke-2. Jadi, sekarang anda di tempat yang ke berapa?

Klik untuk lihat jawapan

Nombor 2.

SOALAN 2

P/s.: Pastikan anda congak saja ya. Tak power la kalau guna kalkulator.

Ambil 1000 dan tambah 40. Sekarang tambah lagi 1000. Kemudian, tambah lagi 30, dan lagi 1000. Lepas tu, tambah 20, tambah 1000, dan akhir sekali 10. Jadi, berapa yang anda dapat?

Klik untuk lihat jawapan

Sape yang jawab 5000 tu salah ya. Jawapan yang betul adalah 4100.

SOALAN 3

Dalam kalendar setahun, ada bulan yang ada 30 hari, dan ada bulan yang hanya ada 31 hari. Jadi, berapa bulan yang ada 28 hari?

Klik untuk lihat jawapan

Semua bulan la.

SOALAN 4

Teka teki matematik lucu dan jawapannya

Satu hari anda sakit kepala. Dalam banyak-banyak ubat, doktor bagi 3 biji ubat je. Tapi syaratnya, anda perlu makan satu biji setiap setengah jam. Jadi, berapa lama anda perlukan untuk makan kesemua 3 biji ubat tu?

Klik untuk lihat jawapan

1 jam, bukan 1 jam setengah. Contoh: Ubat pertama makan pukul 1:00, ke-2 pukul 1:30, dan ke-3 pukul 2:00.

SOALAN 5 (INI YANG PALING SUSAH)

Saya rasa semua orang pernah dengar soalan teka teki ini, tapi sampai sekarang pening macam mana nak jawab.

Usop hendak membeli sepasang baju baru berharga RM20. Sebab dia tak ada duit, dia pinjam RM10 daripada Ayah, dan lagi RM10 daripada Ibu. Maka, dengan happy Usop pergi ke Jakel untuk membeli baju baru tu. Tapi bila dah sampai, alih-alih ada diskaun RM5. Jadi, Usop pun beli la baju tu dan masih ada baki RM5. Bila balik rumah, Usop bagi RM1 kat Ayah dan RM1 kat Ibu. Jadi sekarang, Usop hutang ayah RM9 dan hutang ibu pun RM9.

Kalau fikir balik, kat tangan Usop tinggal RM3.

RM9+RM9+RM3=RM21

Tapi Usop pinjam RM20 je tadi. Macam mana boleh ada lebih RM1?

Klik untuk lihat jawapan

Sebenarnya tak patut dikira duit yang ada pada Usop sebab dah kira dalam jumlah duit yang Usop masih pinjam. So, kiraan yang betul adalah RM9+RM9+RM2 (dah diberi kepada Ayah & Ibu) = RM20

Anda ada teka-teki yang lebih mencabar, lagi lucu atau lawak gila untuk dikongsi bersama?

Sila pos di bahagian komen! 🙂


Teka-teki psikologi | Aliff.co

Nak bermain teka-teki yang diperkenalkan ahli psikologi untuk menguji kepintaran anda?

KLIK DI SINI!


Anda juga mungkin berminat dengan topik-topik menarik ini untuk dibaca:


Anda masih tidak puas dengan kompilasi teka-teki lucu dan susah ini?

Sila tonton video brader ini mencabar rakannya dengan teka teki paling susah di dunia…katanya. Sedia untuk gelak sehingga tak kering gusi?

Komen Facebook