Teka Teki Psikologi Untuk Menguji Kepintaran Anda

Teka-teki psikologi | Aliff.co

Teka Teki Untuk Menguji Tahap Kepintaran Anda Dalam Menyelesaikan Masalah

Baiklah, kita ketepikan hal-hal lawak sekejap. Di sini admin inginkan kongsikan berkenaan teka teki yang boleh digunakan untuk menguji tahap kepintaran anda dari sudut psikologi. Sebelum admin terangkan tentang teka-teki ini, sila jawab tiga soalan di bawah ini terlebih dahulu. Memandangkan jawapan ada tertera di sini, admin meminta anda berlaku jujur ya! Nak lagi best, sila tulis jawapan untuk setiap soalan di atas kertas (kalau sekarang anda kat kedai mamak, tulis atas tisu pun takpe) sebelum anda mula menjawab soalan seterusnya. Baiklah, stretching otak dulu…. dah sedia? Set, go!


Kompilasi Soalan Teka-Teki Psikologi

Soalan-soalan ini perlu dijawab dalam masa 13 saat. Hehe, main-main je. Nak jawab 13 jam pun takpe.


Soalan 1: Gam & Gula-Gula

Teka-teki psikologi | Aliff.co

Sebotol gam dan sebiji gula-gula berharga RM1.10. Kalau beza di antara gam dan gula-gula adalah 10 sen, berapakah harga sebiji gula-gula?

Klik untuk lihat jawapan

Bukan RM0.10 tau. Kalau beza harga adalah 10 sen, maksudnya sebotol gam berharga RM1.05 dan gula-gula berharga RM0.05 sahaja.

Soalan 2: Pokok Bunga Teratai

Teka-teki psikologi | Aliff.co

Di dalam sebuah kolam ada pokok bunga teratai. Kalau pokok teratai ini mengambil masa 48 hari untuk memenuhi permukaan kolam dan berganda (x2) setiap hari, pada hari ke-berapakah pokok bunga teratai akan memenuhi separuh kolam?

Klik untuk lihat jawapan

Bukan 24 hari tau. Kalau setiap hari pertumbuhan pokok teratai berganda (x2), maksudnya separuh kolam akan dipenuhi pada hari ke-47.

Soalan 3: Kilang Kain

Teka-teki psikologi | Aliff.co

Di dalam sebuah kilang kain, 5 mesin akan mengambil masa 5 minit untuk menyiapkan 5 helai baju. Berapa minitkah yang diperlukan untuk 100 mesin menyiapkan 100 helai baju?

Klik untuk lihat jawapan

Bukan 100 minit tau! Kalau 1 mesin boleh siapkan 1 helai baju dalam 5 minit, maksudnya 100 mesin boleh siapkan 100 helai dalam 5 minit sahaja.

OK, berapa soalan yang anda dapat jawab dengan betul? 3, 2, 1, atau semua salah? Kalau semua betul, anda memang pinthor!  Kalau salah, jangan risau, meh sini admin terangkan maksud di sebalik soalan-soalan ini.

Ketiga-tiga soalan ini sebenarnya adalah soalan psikologi yang dikenali sebagai “cognitive reflection test“. Ia sebenarnya menguji cara lazim manusia berfikir, iaitu dengan naluri.

Kalau anda jawab ketiga-tiga dengan salah, atau terdapat mana-mana soalan yang dijawab dengan salah, maksudnya anda lebih cenderung untuk bertindak mengikut naluri. Sebaliknya, kalau anda berjaya menjawab semua soalan dengan betul, maksudnya anda seorang sangat sangat teliti dalam membuat penilaian terhadap sesuatu masalah. Walaupun naluri anda cepat untuk memberikan jawapan, tapi anda berjaya melawan perasaan dan menilai semula jawapan tersebut secara logik sebelum bertindak.

Kepada yang tak dapat jawapan semua dengan betul, jangan risau sebab menurut kajian yang dilakukan ahli psikologi, secara puratanya pelajar di Massachusetts Institute of Technology (MIT) (sebuah universiti yang terkenal dengan orang-orang genius – setakat ini, 62 graduan daripada MIT telah menerima hadiah Nobel) pun hanya mendapat purata 2.18 jawapan yang dijawab dengan betul. Di University of Michigan pula, purata jawapan betul hanya 0.83. Jadi, kalau anda dapat jawab satu sahaja sekalipun dengan betul, anda lebih bijak daripada kebanyakan pelajar di University of Michigan!

Apa kata share soalan ini bersama rakan anda untuk lihat sama ada mereka boleh jawab semua soalan dengan betul?


Anda juga mungkin berminat dengan topik-topik menarik ini untuk dibaca:


Video Berkaitan

Komen Facebook