Tempat Makan Best di Melaka: Top 10 Untuk Anda Cuba!

Tempat Makan Best di Melaka | Tempat Makan Menarik di Melaka | Asam Pedas

Tempat Makan Best di Melaka: Senarai Top 10 aliff.co!

Kalau kita pergi mana-mana, memang tak sah kalau tak cari tempat makan yang best dan unik, bukan? Tak worth it la kalau travel jauh-jauh sambil tengok tempat orang, tapi last-last makan kat McDonalds. Untuk post kali ni, saya akan kongsikan top 10 tempat makan best di Melaka! Jadi, kalau anda datang ke Melaka untuk bercuti ke, datang hantar family masuk U ke, mahupun untuk business travel, ambillah kesempatan ini untuk mengunjungi tempat-tempat best ini!

Macam post-post saya yang lain, saya ingin memudahkan kerja anda. Kalau anda sudah berada di Melaka dan ingin terus ke tempat-tempat direkomen ini, anda hanya perlu tap link “lokasi” yang akan membolehkan anda untuk menggunakan navigation melalui Google Maps!

*Harga makanan dan minuman yang tertera di sini mungkin berbeza dengan harga semasa.


Roti Canai Kayu Arang

Tempat Makan Best di Melaka | Roti Canai Kayu Arang

Roti canai kayu arang adalah salah satu tempat makan best di Melaka pada waktu pagi kerana, er, rotinya dibakar menggunakan arang (apa yang anda expect?). Ramai yang telah mencuba sendiri menu ini, namun bila bercakap tentang rasa ni – iaitu benda yang tak nampak, susah nak cakap apa sebenarnya yang menjadi elemen unik. Adakah resepi rotinya yang membuatkan ia sedap? Atau adakah kerana ia dimasak menggunakan kayu arang yang memberikan aroma dan rasa yang unik? Menurut Encik Hamdan daripada Pulau Pinang yang saya interview (dia tak mahu saya letak gambar dia, so…), sebenarnya sebab utama ia menjadi sedap adalah kerana gabungan resepi, aroma dan juga efek psikologi iaitu sebab orang lain cakap dia sedap (ada pakar psikologi yang sudi memberikan komen kat sini?).

Tempat Makan Best di Melaka | Roti Canai Kayu Arang

Daripada kita pening-pening, lagi baik kita makan je. Kalau tekak boleh terima, kita ngap 🙂 . Selain roti canai biasa, menu-menu lain seperti roti tampal (RM2.00), roti nacho (roti canai tapi bertoppingkan piza – hanya RM5.00), nasi lemak (RM2.00 untuk yang biasa atau RM5.00 kalau anda mahu lauk ayam) dan aneka kuih-muih pun ada. Pekerja-pekerja di sini juga sangat peramah dan berdasarkan pengalaman saya, walaupun terdapat ramai pelanggan, mereka akan sentiasa memastikan anda tak perlu tunggu lama sangat untuk ambil order. Jadi, mungkin ramai yang suka ke sini kerana customer service yang bagus.

Oleh kerana tempat ni sentiasa ramai orang, anda dicadangkan untuk datang awal. Kalau tak, jenuh nak berebut tempat duduk.

Lokasi: Lot 459, Kampung Batu Mukim, Bachang

Waktu Operasi:

Hari biasa: 7:00 pagi ke 12:30 tengahari

Bulan puasa: Bermula 5:00 petang


Nasi Beriani Haji Tamby

Tempat Makan Best di Melaka | Nasi Briyani Haji Tamby

Sekiranya anda ingin mencari tempat makan tengahari yang unik di Melaka, anda bolehlah mencuba Restoran Nasi Beriani Haji Tamby. Restoran ini tersenarai sebagai salah satu daripada tempat makan menarik di Melaka kerana ia menawarkan konsep yang lain daripada yang lain. Hal ini kerana niat pengasasnya iaitu Muhammad Nazli Zainul Abidin yang tekad untuk memberikan lebih kepada masyarakat menawarkan menu nasi beriani pada harga yang berpatutan. Macam mana mereka caj anda? Anda hanya perlu bayar harga lauk! Nasi beriani atau nasi putih, dalca & acar akan diberikan secara percuma. Pada setiap hari Jumaat pula, air sirap bandung akan dihidangkan secara percuma kepada pelanggan.

Harga kari kambing adalah RM6.00, kari itik RM7.00 manakala ayam goreng pula RM4.00. Ianya memang jauh berbeza dengan kedai-kedai di luar sana yang mengenakan di antara RM10.00 ke RM15.00 untuk sepinggan nasi beriani.

Jika anda ingin menyokong inisiatif restoran ini, anda juga boleh berjumpa dengan pemilik restoran untuk memberikan sumbangan dan mereka akan membantu membuat pengagihan untuk anda.

Lokasi: Taman Pertam Jaya

Waktu operasi: 9:00 pagi ke 4:00 petang


Cendol Bakar

Tempat Makan Best di Melaka | Cendol Bakar Alor Gajah

Kalau anda ke A’Famosa Resort atau Freeport A’Famosa Outlet, anda bolehlah singgah di sini sebentar untuk merasa cendol bakar ini. OK, fun fact sikit. Kenapa namanya cendol bakar? Pertama, sebab ketika nak cairkan gula Melaka sebagai salah satu bahan di dalam cendol, diorang kena buat proses pembakaran, dan kedua iaitu yang best – pengasasnya bernama Encik Bakar! Di sini terdapat pelbagai jenis cendol untuk dicuba. Harga cendol adalah seperti berikut:

  • Cendol biasa: RM2.00
  • Cendol VVIP: RM3.00
  • Cendol VIP: RM2.50
  • Cendol Tapai: RM3.50
  • Cendol Pulut Tapai: RM4.00
  • Cendol Durian: RM3.50
  • Cendol Pulut Durian: RM4.00

Selain itu, makanan ringan lain seperti keropok, western food seperti burger & fries pun ada. Coconut shake juga dijual, tetapi pada harga yang agak mahal iaitu RM5.00 segelas. Kalau anda tak nak makan di sini, drive-thru pun boleh!

Tempat Makan Menarik di Melaka | Cendol Bakar Alor Gajah

Lokasi: Alor Gajah

Kalau anda datang daripada tol Simpang Ampat menghala ke A’Famosa Resort, anda akan jumpa gerai ini dahulu. Tak perlu landmark; bila trafik dah mula slow, hah dah nak dekat la tu. Tempat ni paling best dikunjungi waktu petang atau malam.

Cawangan di Klebang: Tap di sini untuk ke lokasi

Waktu Operasi: 11:00 pagi ke 10:00 malam setiap hari (3:00 petang ke 11:00 malam ketika bulan Ramadhan)


Klebang Original Coconut Shake

Tempat Makan Best di Melaka | Coconut Shake Klebang Original

Kalau anda ke Klebang, jangan lepaskan peluang untuk singgah di Klebang Original Coconut Shake! Kalau anda lalu petang-petang depan kedai ni, anda boleh tengok sendiri betapa panjangnya orang beratur untuk membeli coconut shake di sini. No wonder lah ia tersenarai sebagai salah satu tempat makan best di Melaka, bukan? Boleh dikatakan juga jalan di sekitar sini sesak memang sebab pelanggannya yang ramai (dan juga ada kedai kuih keria antarabangsa di tempat berdekatan.). Oh, dan mereka ada caj GST yang hanya terpakai untuk bisnes yang keuntungan melebihi RM500,000 setahun. Jadi, jangan pandang rendah dengan gerai Coconut Shake ini!

Harga untuk Coconut Shake Special adalah RM2.20, manakala RM1.80 dikenakan untuk Coconut Shake biasa. Dari segi rasa, memang above average sebab mereka guna ais krim Walls dan bukannya ais krim budget, dan air kelapanya memang fresh.

Di sini anda boleh memilih sama ada untuk dine-in ataupun take-away. Kalau anda nak makan di sini, anda boleh terus masuk ke dalam pintu gerbang seperti gambar di atas. Tapi kalau penuh, terpaksa juga parking di luar. Nak makan? Jangan risau, kerana terdapat juga menu-menu sampingan seperti nasi lemak, mee goreng, keropok dan macam-macam lagi makanan ringan-ringan untuk minum petang.

Cadangan: Kuatkan mental anda kerana time ramai orang, nak tunggu giliran mau setengah jam.

Tempat Makan Menarik di Melaka | Coconut Shake Klebang Original
Tengok skill brader ni bawak banyak air!

Lokasi: Jalan Klebang, Taman Klebang Jaya (berhampiran Caltex)

Waktu Operasi:

Sabtu – Khamis: 12:30 tengahari ke 6:30 petang

Jumaat: 2:00 petang ke 6:30 petang


Barkat Roti John

Tempat Makan Best di Melaka | Barkat Roti John

Barkat Roti John adalah salah satu tempat makan best di Melaka yang patut anda cuba! Saya tidak pasti kenapa mereka tegaskan bahawa roti John mereka adalah yang asli, tapi apabila saya baca di Wikipedia, katanya roti John mula diperkenalkan di Malaysia sekitar tahun 1976 dan ia dibawa masuk melalui Tanjung Kling, Melaka. OK, tujuan saya menulis bukan untuk bercerita tentang sejarah roti John, jadi moh le kita cakap pasal salah satu daripada menu makan malam paling syok di Melaka ni.

Roti John Barkat ini sememangnya unik berbanding roti John biasa yang anda beli di pasar malam. Biasanya, ia bersalut telur, daging cincang, letak mayonis dan sebagainya, bukan? Yang pasti, roti John macam kat pasar malam tu tak boleh makan banyak sebab senang muak. Tetapi, versi Barkat ni berbeza kerana ia mengandungi ikan bilis yang ditumbuk halus & daun saderi. Pergh, memang sodap!

Harga roti John adalah RM3.00. Selain itu, terdapat juga menu-menu lain seperti ayam golek (RM16.00 seekor atau RM8.00 separuh ekor), asam pedas & makanan goreng-goreng. Saya cadangkan anda order sekali ayam golek tu, lepas tu kepit dengan roti John, celup dalam dipping sauce & ngap!

Tempat Makan Best di Melaka | Barkat Roti John

Lokasi: Taman Bachang Utama

Kalau anda google, ada 3 lokasi yang berbeza. Tapi kalau anda nak tempat yang selesa, pergilah ke restoran Barkat di Taman Bachang Utama (berdekatan Giant Bachang)

Waktu Operasi: 4:30 petang ke 12:00 tengah malam


Mee Besen

Tempat Makan Best di Melaka | Mee Besen

Ya, saya baru hanya menyenaraikan sebuah kedai yang menyediakan mee dalam besen sebagai salah satu tempat makan best di Melaka. Ya, anda literally boleh makan dalam besen. Tidak, mereka tak pakai besen bajuh baju. hehehe. Mee besen di sini datang di dalam pelbagai saiz:

Saiz S: 1 – 2 orang makan | RM6.00

Saiz M: 2 – 3 orang makan | RM10.00

Saiz L: 3 – 4 orang makan | RM15.00

Selain itu, anda juga boleh memilih jenis mee, sama ada mee soya, kuey tiow, mee hon ataupun mee kuning. Jadi, ia terpulang kepada masing-masing, kerana seperti di dalam foto ini, mee yang digunakan  adalah mee soya. So, untuk orang pelik macam saya yang tak suka soya, memang rasa dia lain macam lah. Tapi itu cuma pendapat saya seorang. Tengok gaya kawan-kawan saya yang lain melantak, memang sedaplah bagi diorang kot.

Selain itu, ada juga boleh mencuba talam western. Hanya dengan harga RM35.00, anda boleh dapat chicken chop, spaghetti, meatball & fries. Makan yang ini memang kenyang!

Tempat Makan Best di Melaka | Mee Besen

Lokasi: PNo 17, Jalan PNDD 1, Pusat Niaga Burian Daun

Waktu Operasi: 3:30 petang ke 10:00 malam (Hari Isnin tutup)

No. telefon: 010-273 7895


Mee Racun Qasreena Cafe

Tempat Makan Best di Melaka | Mee Racun Qasreena Cafe

Namanya memang gempak, kan? Haha. Sebenarnya, menu istimewa di Qasreena Cafe ini dipanggil mee racun kerana tahap kepedasannya yang menyengat! Jadi, kalau anda jenis yang tak tahan pedas, jangan risau kerana masih terdapat beraneka menu untuk dipilih di sini. Tapi, kalau ada member yang poyo cakap mereka tahan pedas, saya cadangkan anda bawa mereka ke sini untuk tengok muka merah ke tak bila makan mee ini. Untuk anda, order je la chicken chop ke, goreng-goreng ke pun boleh.

Mee racun ini dijual pada harga RM5.50. Menu-menu unik lain seperti Mee Mawi Berapi, Mee Kungfu Hustle, Mee Basah di Puncak, Nasi Goreng Shah Rukh Khan juga dijual dengan harga berpatutan.

Lokasi: Jalan Puncak 2, Taman Bukit Katil

Waktu Operasi: 8:00 pagi ke 11:00 malam (tutup hari Ahad)

No telefon: 013-347 7404


Roti Naan Pak Putra

Tempat Makan Best di Melaka | Roti Naan Pak Putra

Sekiranya anda sedang mencari tempat makan best di Melaka tetapi tak ingin makan nasi, anda bolehlah ke restoran roti naan Pak Putra. Sejujurnya, selepas mencuba sendiri roti naan ini, apa yang special bagi saya adalah ayam tandoori tu. Roti naan tu OK lah, tapi bukanlah sedap tahap gaban. Roti naan yang ada pun terdapat pelbagai jenis (harga di dalam range RM2.00 ke RM6.00 sekeping bergantung kepada jenis naan), seperti naan biasa, garlic naan, cheese naan, potato naankeema naan.

Jadi kalau anda ingin order ayam, anda bolehlah mencuba menu-menu seperti butter chicken, chicken pasanda, bombay chicken, chicken hyperabadi, chicken kali mirch dan banyak lagi!

Kawasan ini juga terdapat ramai orang, dan settingnya adalah lebih kepada outdoor. Jadi kalau hari hujan, saya tidak sarankan anda untuk ke sini kerana walaupun terdapat indoor seating, tetapi memandangkan jumlah pengunjung yang ramai dan tempat duduk terhad, baik cari tempat lain kot. Namun begitu, kalau anda nekad nak redah, saya tak halang ya!

Lokasi: Taman Kota Laksamana (Ehem, ada lagi satu tempat best di kawasan ini – lihat di bawah)

Waktu Operasi: 5:30 petang ke 1:00 pagi (kecuali hari Ahad, tutup jam 12:00 tengah malam)

No. telefon: 012-601 5876


Asam Pedas Hajjah Mona

Tempat Makan Best di Melaka | Asam Pedas Hajjah Mona

Bila bercakap tentang makan di Melaka, memang tidak sah kalau anda tak merasa asam pedas! Setakat ini, selepas mencuba lebih 5 restoran asam pedas yang obviously semua cakap asam pedas diorang paling power, saya dapati bahawa restoran asam pedas Hajjah Mona yang paling best. Di sini terdapat aneka asam pedas untuk dicuba pada harga yang memuaskan, iaitu:

  • Asam Pedas Tetel (daging): RM5.00
  • Asam Pedas Ikan Pari: RM4.50
  • Asam Pedas Kembong Besar: RM5.00
  • Asam Pedas Ikan Parang: RM4.50
  • Asam Pedas Ikan Tenggiri: RM4.50

Tempat Makan Best di Melaka | Asam Pedas Hajjah Mona

Jika anda bawa family atau kawan-kawan yang tak makan asam pedas, satay pun ada di sini. Tapi, satay kat mana-mana pun ada. So, cubalah paksa mereka rasa sekali ya!

Lokasi: Jalan Laksamana 2, Taman Kota Laksamana (Ia terletak di hadapan hotel Casa Del Rio)

Waktu Operasi: 5:00 petang ke 5:00 pagi (kecuali Ahad, 9:00 pagi ke 10:00 malam)

No. telefon: 0 12-601 3676


Ikan Bakar Umbai

Tempat Makan Best di Melaka | Ikan Bakar Parameswara Umbai

Medan ikan bakar Umbai sudah pasti menjadi salah satu daripada tempat makan best di Melaka kerana di sini, anda boleh mendapatkan makanan laut yang semuanya fresh! Lokasi ini bukan sahaja popular di kalangan penduduk setempat, malah ramai warga kota daripada Kuala Lumpur, Johor & Singapura sanggup travel jauh-jauh semata-mata untuk menjamu selera di sini!

Terdapat banyak gerai di sini yang menyediakan makanan seafoodPersonally, saya suka ke restoran ikan bakar Parameswara kerana lokasinya sangat strategik. Di sini, anda boleh melihat pemandangan Selat Melaka dan juga hutan bakau di gigi air. Selain itu, harga ditawarkan juga sangat berpatutan dan pekerja restoran ikan bakar ini sangat peramah.

Tempat Makan Best di Melaka | Ikan Bakar Umbai

 

Lokasi: Umbai

Waktu Operasi: 5:00 petang ke 12:00 tengah malam (buka setiap hari kecuali hari Isnin)

No. telefon: 012-315 2301


Bonus: Melaka Food Truck Park!

Bermula tahun 2017, Melaka Mall telah mula menyediakan Food Truck Park sebagai salah satu tarikan baru tempat makan best untuk pengunjung dari dalam negeri Melaka mahupun dari luar.

Tempat Makan Best di Melaka 2017

Di sini, sejumlah pengusaha food truck diberikan ruang untuk berniaga bersama-sama. Terdapat pelbagai jenis makanan yang dijual oleh food truck di sini, antaranya adalah:

  • 8th Street Coffee & Burger
  • Cendol Durian Bachang
  • Kebab Melawati
  • La Famiglia Pasta
  • Mirarichgold (menjual meehun sup)
  • N’licious Taco
  • Nasi Ayam Penyet
  • NFC (Fried Chicken)
  • Time Out Coffee
  • Waffle Mobile

Lokasi: Jalan Merbok, Melaka Mall, 75450 Melaka

Waktu operasi: 5:30 petang – 1:00 pagi


Anda mungkin berminat dengan topik berkaitan (Tap untuk baca):

Senarai 20 Tempat Menarik di Melaka

Pesanan: Betulkah kaedah anda solat jamak & qasar ketika melancong?

Untuk mendapatkan kepastian, bacalah Panduan Solat Jamak Qasar.

Lagi topik menarik: Contoh Surat Rasmi

Berbuka puasa Ramadhan 2017 di The Kitchen, KL


Anda mempunyai cadangan tempat makan best di Melaka lain yang patut disenaraikan sebagai Top 10? Kongsikan di bahagian komen! 🙂

Komen Facebook