Tempat Menarik di Perak Untuk Dilawati – Jom Baca!

Tempat menarik di Perak & Ipoh, Perak } aliff.co karya Aliff Mazli blogger Malaysia

Tempat Menarik di Perak Untuk Dilawati

TemNegeri Perak Darul Ridzuan sememangnya sebuah negeri yang mempunyai tarikan tersendiri dan sangat sesuai untuk dikunjungi dan diterokai. Hal ini kerana negeri ini sangat kaya dengan keindahan alam semulajadi, peninggalan sejarah & destinasi menarik lain yang harus dikunjungi! Jadi, jom kenali beberapa tempat menarik di Perak untuk dilawati jika anda menjejakkan kaki ke negeri ini!

Tips: Setiap link lokasi akan membawa anda terus ke Google Maps untuk memudahkan anda navigate apabila berada di Perak. Jadi, jangan lupa bookmark terus page ni ya! 🙂


Gua Kek Look Tong

Gua Kek Look Tong, tempat menarik di Ipoh

Sewaktu anda bersiar-siar di kawasan Ipoh, sudah pasti anda perasan bahawa terdapat banyak gunung, bukan? Jadi, Gua Kek Look Tong adalah salah satu daripada tempat menarik di Ipoh yang boleh anda kunjungi untuk melihat suasana di dalam gua. Tempat ini sebenarnya adalah tempat beribadat bagi yang beragama Buddha, namun begitu ia dibuka untuk kunjungan awam oleh kerana struktur dalaman semulajadinya yang unik dan tersendiri. Parking? Jangan risau, tempat parking luas.

Suasana di dalam gua ini amatlah memukau kerana terdapat stalagmite & stalactite (dulu zaman-zaman sekolah mesti ada belajar, kan?) yang menjadi reka bentuk yang begitu indah. Tambahan pula, suasana di dalam gua ini sememangnya nyaman.

Suasana di dalam gua Kek Look Tong | Tempat Menarik di Ipoh, Perak

Apabila anda masuk ke dalam gua, akan ada tangga untuk ke bahagian atas. Anda bebas untuk menerokai kawasan ini – tetapi ada batasnya, ya? Sesetengah tempat akan dipagar untuk mengelakkan kanak-kanak memanjat kawasan tersebut. Anda hanya perlu berjalan terus ke atas dan anda akan menjumpai tokong-tokong Buddha yang cantik.

Di hadapannya, terdapat satu kawasan yang harus anda lihat (yes, go into the light)- taman tersembunyi di sebalik gua!

Suasana di dalam gua Kek Look Tong | Tempat Menarik di Ipoh, Perak

Gua Kek Lok Tong Ipoh, Tempat Menarik di Perak
Taman tersembunyi di sebalik gua!

Kawasan ini sememangnya menjadi tumpuan pelancong. Ramai yang datang untuk bergambar kerana suasananya yang indah. Kepada sesiapa yang ada DSLR tu – inilah tempat korang beraksi! Selain itu, ada penduduk yang tinggal berhampiran kawasan ini juga boleh dilihat beriadah seperti berjogging kerana kawasan persekitarannya yang menyegarkan.

Lokasi

Gunung Rapat, Ipoh, Perak. Oleh kerana lokasinya sedikit terpencil, anda akan melalui kawasan perumahan & tanah perkuburan Islam sebelum tiba ke satu kawasan luas dan di situ anda akan nampak pintu gerbang ke gua ini.

Waktu Beroperasi

Gua ini dibuka untuk lawatan bermula jam 7:00pagi sehingga 6:00 petang setiap hari – pintu pagar akan mula ditutup pada jam 5:30 petang.

Caj masuk

Masuk adalah percuma.


Kellie’s Castle

Kellie's Castle | Tempat Menarik di Perak

Kellie’s CastleWilliam Kellie Smith | Kellie's Castle | Tempat Menarik di Perak adalah sebuah istana lama yang mana pembinaannya tidak sempat disiapkan. Ianya dibina oleh seorang peladang yang berasal daripada Scotland, iaitu William Kellie Smith. Terdapat pelbagai versi cerita yang berlainan tentang kenapa istana ini dibina. Ada yang mengatakan bahawa ia dibina sebagai hadiah untuk isterinya, dan ada yang mengatakan ia sebenarnya adalah rumah untuk anaknya.

Sememangnya lokasi ini adalah salah satu daripada tempat menarik di Perak yang unik dan harus dikunjungi jika anda berkesempatan.

Kellie's Castle | Tempat Menarik di Perak

Ruang tamu Kellie's Castle | Tempat Menarik di Perak

Oleh kerana seni binanya yang unik, ramai pelancong yang datang bergambar dan beracah-acah model di sini, termasuklah saya sendiri. #jangankecamsaya

Blogger Aliff Mazli di Kellie's Castle, Tempat Menarik di Perak
Agak-agak jadi model majalah Manggis lepas tak?

Kawasan ini adalah luas dan anda bebas untuk menerokainya. Malahan, anda boleh naik sehingga ke puncak Kellie’s Castle yang mana anda akan dapat melihat aerial view keseluruhan lokasi ini. Namun begitu, jangan lupa untuk sentiasa berwaspada, nanti tergolek siapa nak jawab. #Safetyfirst, okay?

Pemandangan di atas bumbung Kellie's Castle | Tempat Menarik di Perak

Di luar Kellie’s Castle, terdapat gerai-gerai kecil dan kafe untuk anda beristihat. Malahan, kemudahan seperti tandas dan surau juga disediakan untuk kegunaan pengunjung.

Kedai cenderahati di luar Kellie's Castle | Tempat Menarik di Perak

Lokasi

Batu Gajah, Perak

Waktu beroperasi

9:00 pagi hinga 6:00 petang (waktu masuk selewat-lewatnya jam 5:30 petang)

Caj Masuk 

Warganegara (bawa MyKad sebagai bukti)

  • Dewasa: RM5.00
  • Kanak-kanak (3-12 tahun): RM3.00
  • Warga emas (60 tahun ke atas): RM4.00

Bukan warganegara

  • Dewasa: RM10.00
  • Kanak-kanak: RM8.00

*Tiket parkir kenderaan- RM2.00 sekali masuk.


Funtasy House Trick Art

Funtasy Trick Art Ipoh | Tempat Menarik di Ipoh, Perak

Bila sudah penat dengan outdoor activities, anda bolehlah mengunjungi Funtasy House Trick Art ini. Terdapat pelbagai hasil seni berkonsepkan “optical illusion” dan banyak lagi! Sila layari laman web Funtasy House Trick Art untuk maklumat terkini jika anda berminat untuk berkunjung ke tempat menarik di Ipoh ini.

Optical illusion di Funtasy Trick Art Ipoh | Tempat Menarik di Perak

Waktu Beroperasi

Isnin – Jumaat: 9:00 pagi hingga 6:00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti am: 9:00 pagi hingga 8:00 malam

Caj Masuk

  • Dewasa ( ada MyKad): RM15.00
  • Dewasa (tiada MyKad): RM19.00
  • Kanak-kanak (4-12 tahun): RM10.00
  • Pelajar (jangan lupa kad matrik): RM10.00
  • Warga emas (60 tahun ke atas): RM10.00
  • Bayi (4 tahun ke bawah): Percuma
  • OKU (sertakan kad OKU sebagai bukti): Percuma

Kapal Korek Tanjung Tualang (TT5)

Tempat Menarik di Perak | Tanjung Tualang Tin Dredge

Bila bercerita tentang negeri Perak, sudah pasti kita tidak dapat lari daripada sejarah industri pelombongannya yang pesat sejak zaman dahulu. Ada juga yang mengatakan asal-usul nama negeri Perak itu sendiri berasal daripada warna timah, iaitu warna perak (obviously).

Di sini, terdapat satu kapal korek terakhir yang masih dikekalkan, iaitu Kapal Korek Tanjung Tualang (TT5). Kalau anda pernah membaca komik kartun hasil karya Datuk Lat iaitu Kampung Boy (oh, Datuk Lat pun berasal daripada Perak!), kapal korek ini diilustrasikan sebagai raksasa yang menakutkan. Roar!!

Kapal Korek Tanjung Tualang TT5 | Tempat Menarik di Perak

Oleh itu, anda digalakkan untuk berkunjung ke sini untuk melihat sendiri kapal korek yang digunakan untuk melombong bijih timah pada suatu masa dahulu. Kerajaan negeri Perak telah bertungkus lumus untuk memulihara kapal korek yang merupakan tempat menarik di Perak ini. Saya juga ada dengar cerita kerajaan negeri nak bangunkan lagi tempat ini untuk menarik pelancong-pelancong dari dalam & luar negara.

Lokasi

Batu Gajah, Perak

Waktu Beroperasi

Setiap hari bermula jam 8:30 pagi hingga 6:00 petang

Caj Masuk

  • Dewasa: RM6.00
  • Kanak-kanak: RM3.00

Kong Heng Flea Market (Berdekatan Plan B)

Plan B | Tempat Menarik di Ipoh, Perak

 Sekiranya anda google “Plan B Ipoh”, apa yang akan anda jumpa adalah restoran bernama Plan B yang terletak di sini. Kalau nak diikutkan, ia adalah sebuah coffee house- kat Mid Valley pun ada. Tapi sebenarnya, Plan B disenaraikan di sini sebagai landmark bagi satu tempat menarik di Ipoh yang menjadi tarikan geng-geng photographer. Di sebalik coffee house ni, terdapat pelbagai kedai-kedai menarik di sekitarnya untuk ditinjau. Kalau anda rasa nak feeling-feeling nostalgia dengan memakan ais kepal, kat sini ada satu gerai yang agak famous, iaitu Bits & Bobs.

Selain itu, terdapat kedai-kedai lain seperti kedai gunting rambut, kedai baju & gerai-gerai menjual souvenir di yang dipanggil Kong Heng Flea Market. Barang yang dijual pun sememangnya cantik-cantik. Tapi bagi saya, apa yang unik di sini adalah landskap lokasi ini sendiri yang menggabungkan elemen moden dan nostalgia. Jadi, terjumpa & berebut tempat bergambar orang tengah buat wedding photoshoot kat area ni memang biasalah.

Plan B Ipoh | Tempat Menarik di Perak

Tempat Menarik di Ipoh, Perak | Hong Kong Flea Market

Lokasi

Jalan Panglima, Ipoh


Lost World of Tambun

Tempat Menarik di Perak | Lost World of Tambun

 Lost World of Tambun adalah salah satu daripada tempat menarik di Perak yang harus dikunjungi, tidak kiralah sama ada anda bercuti bersama keluarga, rakan-rakan, mahupun ahli-ahli Kelab Catur anda. Di sebalik patung-patung kucing & tembok besar ini, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan untuk bersuka-ria, seperti:

  • Lost World Water Park
  • Lost World Petting Zoo
  • Hot Spring & Spa
  • Lost World Amusement Park
  • Lost World Tiger Valley
  • Lost World Adventure Park
  • Lost World Tin Valley

Punchline Lost World of Tambun: “kami bukan sekadar sebuah taman tema; kami adalah satu destinasi.”

Saya tak mahu cerita panjang-panjang kerana anda sendiri pun tahu, kalau dah nama taman tema, memang confirm syoklah! Jadi, apa tunggu lagi??! Rancang percutian anda dan dapatkan pakej pelancongan berbaloi-baloi daripada Aliff.co sekarang! OK sorry saya main-main je.

Peta Lost World of Tambun | Tempat Menarik di Perak

Lokasi

Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh

Waktu Beroperasi

Taman Tema Lost World f Tambun

Isnin hingga Jumaat: 11:00 pagi hingga 6:00 petang

Sabtu & Ahad, cuti sekolah & cuti umum: 10:00 pagi hingga 6:00 petang

*Ditutup setiap hari Selasa kecuali hari cuti persekolahan & cuti umum

Lost World Hot Springs & Spa by Night

Dibuka setiap hari bermula jam 6:00 petang hingga 11:00 malam

Crysta Spa Treatment: 12:00 tengahari hingga 11:00 malam

Sila kunjungi laman web rasmi Lost World of Tambun untuk maklumat lanjut.


Bangunan-Bangunan Warisan Ipoh

Sepertimana yang telah kita ketahui, Ipoh adalah di antara bandar yang pesat membangun (keempat terbesar di Malaysia) yang mana pembangunannya bermula apabila aktiviti pelombongan bijih timbang berkembang pesat pada waktu dahulu. Sepertimana bandar-bandar warisan lain di Malaysia seperti Melaka, terdapat beberapa bangunan warisan yang masih dikekalkan dan menjadi ikon bandar ini. Di sini, terdapat banyak bangunan lama yang mempunyai ciri-ciri seni bina yang mempunyai pengaruh barat. Hal ini kerana Ipoh adalah pusat pentadbiran kedua di tanah Melayu sewaktu zaman penjajahan British. Di antara bangunan-bangunan warisan yang menjadi tempat menarik di Ipoh ini adalah:

Apa yang menariknya, bangunan-bangunan ini dijaga dengan baik dan juga masih beroperasi sehingga hari kini, seperti stesen keretapi & juga bangunan mahkamah. Anda bolehlah merujuk kepada brochure terbitan Ipoh Tourist Information Centre ini untuk mengetahui lokasi bangunan-bangunan warisan ini.

Bangunan Warisan Ipoh | Tempat Menarik di Ipoh, Perak

Peta Bangunan Warisan Ipoh | Tempat Menarik di ipoh, Perak

Stesen Keretapi Ipoh | Tempat Menarik di Ipoh, Perak


Ipoh Mural Art Trail

Mural Art trail | Tempat Menarik di Ipoh, Perak

Adakah anda pernah mendengar tentang Ernest Zacharevic? Beliau adalah artis mural sama yang lebih dikenali kerana hasil karyanya di Pulau Pinang. (Klik link di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang karya Ernest Zacharevic di Pulau Pinang di dalam entri Tempat Menarik di Pulau Pinang). Jadi, beliau adalah salah seorang daripada artis yang telah mewujudkan karya yang juga menarik untuk tatapan mereka yang berkunjung ke Ipoh.

Sila rujuk gambar di bawah untuk mendapatkan koordinat lukisan-lukisan ini. Nanti bolehlah berselfie dan letak hashtag #ipohmali!

Lokasi lukisan mural | Tempat Menarik di Ipoh, Perak


Menara Condong Teluk Intan

Menara condong Teluk Intan | Tempat Menarik di Perak

Menara Condong Teluk Intan adalah salah satu tarikan utama pelancong oleh kerana keunikannya yang tersendiri. Hal ini kerana ia menyerupai Menara Condong Pisa- dua-dua condong lah! Menara ini dibina pada tahun 1892 dengan tujuan untuk berfungsi sebagai tangki simpanan air. Di samping itu, oleh kerana struktur senibinanya yang agak tinggi, menara ini juga ditambahkan fungsinya dengan adanya jam yang besar pada menara ini.

Menara yang dibina dengan konsep Pagoda oleh En. Leong Choon Cheong ini lama-kelamaan mula menunjukkan tanda-tanda kecondongan. Adalah dikatakan bahawa beban air yang ditampung di dalam tangki serta kondisi tanah yang lembut telah menjadi faktor utama menara ini mula condong ke arah barat laut.

Jadi, menara ini adalah salah satu daripada tempat menarik di Perak yang wajib dikunjungi jika anda bertandang ke Teluk Intan.

Lokasi


Bukit Larut (Maxwell Hill)

Bukit Larut | Maxwell Hill | Tempat Menarik di Perak

Bukit Larut atau dahulunya lebih dikenali sebagai “Maxwell Hill” adalah sebuah resort di atas bukit yang terletak lebih kurang 10km daripada bandar Taiping pada ketinggian 1036m di atas paras laut. Bukit yang menjadi tempat menarik di Perak untuk diterokai ini terletak di kawasan yang paling basah di Malaysia – maksudnya kat sini paling kerap hujan.

Nama asal Bukit Larut iaitu Maxwell Hill adalah sempena nama seorang pembantu residen British di Perak pada suatu masa dahulu, iaitu William George Maxwell. Resort yang telah wujud sejak tahun 1884 ini telah dijaga dengan rapi yang mana elemen zaman kolonial British dikekalkan sebagai salah satu daripada warisan negeri Perak.

Pengunjung yang bertandang ke Bukit Larut biasanya menggemari aktiviti mendaki bukit. Ianya kerana jarak pendakian daripada bawah sehingga ke atas Bukit Larut adalah lebih kurang 10km. Untuk mereka yang berkeinginan untuk naik ke atas tanpa perlu mendaki, terdapat juga kenderaan yang disediakan, namun ianya terhad kepada 100 tiket sehari dan ia tertakluk kepada jadual perjalanan kenderaan tersebut. Harga tiket kenderaan ini adalah RM6.00 untuk dewasa, manakala RM3.00 akan dikenakan untuk kanak-kanak.

Selain itu, anda juga boleh menginap di sini jika mahu. Oleh kerana lokasinya yang tinggi, jadi suasana di sini sememangnya nyaman dan sejuk, iaitu lebih kurang 15⁰c pada waktu siang, manakala pada waktu malam, suhu boleh mencecah 10⁰c.

Lokasi

Taiping, Perak.


Zoo Taiping & Night Safari

Zoo Taiping & Night Safari | Tempat Menarik di Perak

Untuk pengetahuan anda, Zoo Taiping adalah zoo yang tertua di Malaysia yang mana ia mula beroperasi pada tahun 1961. Zoo ini berkeluasan 34 ekar dan menjadi rumah kepada lebih 1300 ekor haiwan daripada sekurang-kurangnya 180 spesies yang berbeza. Zoo Taiping mempunyai tarikannya yang tersendiri, lebih-lebih lagi apabila ia mula memperkenalkan night safari. Maklumkah, terdapat juga spesies-spesies nokturnal yang hanya aktif pada waktu malam.

Zoo Taiping & Night Safari | Tempat Menarik di Perak

Zoo Taiping adalah lokasi yang amat sesuai untuk dikunjungi sekiranya anda bercuti di negeri Perak bersama-sama dengan ahli keluarga. Haiwan-haiwan yang ada di sana pasti akan menarik minat kanak-kanak untuk mengenali spesies-spesies seperti mamalia, amfibia malah reptilia dengan lebih dekat.

Lokasi

Jalan Pekeliling, Taman Tasik Taiping, Perak.

Waktu Beroperasi

Lawatan Waktu Siang

Dibuka setiap hari bermula jam 8:30 pagi sehingga 6:00 petang

Night Safari

Dibuka setiap malam (termasuk cuti umum) bermula jam 8:00 malam sehingga jam 11:00 malam.

Untuk hari Sabtu & malam sebelum cuti am, waktu operasi disambung sehingga jam 12:00 tengah malam.

Caj Masuk

Dewasa: RM17.00

Kanak-kanak: RM8.50

Sila klik di sini untuk maklumat terkini berkenaan tiket di laman web rasmi Zoo Taiping.


Lagi Tempat Menarik di Perak Harus Dikunjungi

Anda juga boleh mengunjungi lain-lain tempat menarik di Perak, seperti:


Anda mungkin juga berminat untuk membaca artikel-artikel ini:


Anda sudah ada plan untuk hujung minggu atau waktu cuti nanti? Apa lagi, jom lawati tempat menarik di Perak!

Komen Facebook