Tempat Menarik di Terengganu: Gohek Gostan Pusing Ganu Kite

Tempat Menarik di Terengganu

Tempat Menarik di Terengganu

Ingin tahu di mana tempat menarik di Terengganu?


Masjid Kristal Terengganu

Tempat Menarik di Terengganu | Masjid Kristal

Masjid Kristal adalah salah satu daripada lokasi paling ikonik untuk negeri Terengganu. Masjid yang mula dibina pada tahun 2006 ini mula menerima pengunjung pada tahun 2008, yang mana Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, Tun Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah merasmikannya pada 8 Februari 2008.

Di antara keunikan utama masjid ini adalah ianya dibina menggunakan keluli, kaca & kristal. Jadi, bila waktu petang, anda boleh melihat masjid ini kelihatan seperti keemas-emasan kerana ia memantulkan cahaya matahari. Selain itu juga, Masjid Kristal adalah masjid pintar pertama di Malaysia kerana ia mempunyai prasarana teknologi maklumat dan liputan internet bagi membolehkan pengunjung mengakses al-Quran secara digital.

Masjid yang mampu menampung sehingga 700 jemaah dalam satu-satu masa ini sentiasa menjadi lokasi pilihan pasangan baru berkahwin kerana keindahannya yang tersendiri. Jadi, boleh la bergambar ala-ala Raja & Permaisuri di mahligai syahdu.

Lokasi: Pulau Wan Man, Kuala Terengganu


Sila tonton video daripada vlogger Whatever There Was di Youtube yang akan buat anda rasa nak book tiket flight atau drive ke Terengganu sekarang jugak!

Kredit kepada Whatever There Was di atas video yang sangat awesome ini!

Komen Facebook