Ubat Resdung Paling Mujarab daripada Al-Muslihin Herbs

Ubat Resdung Paling Mujarab & Berkesan daripada Al-Muslihin Herbs (Review)

Penyakit resdung atau sinusitis sememangnya adalah sejenis penyakit yang lazim dihidapi oleh kebanyakan orang. Saya sendiri pula telah menghidap penyakit ini sejak kecil, yang berpunca daripada penyakit asma yang dihidap sejak berumur 4 tahun. Pada waktu itu, saya mula membela kucing (pemberian ibu saudara), tetapi hanya selepas beberapa hari mempunyai kucing di dalam rumah, barulah saya mengetahui bahawa saya mempunyai alahan terhadap bulu haiwan. Di sini jugalah masalah resdung saya mula berlaku, dan pada waktu inilah pencarian ubat resdung paling mujarab saya bermula. Setelah berjaya menemui produk herba resdung yang terbaik, di sini ingin saya kongsikan pengalaman saya untuk manfaat kita bersama.

Jika anda ingin mendapatkan kepastian sama ada anda menghidap penyakit resdung atau tidak, saya syorkan anda mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu untuk kepastian.

Ubat Resdung Paling Mujarab
Resdung berlaku apabila bahagian-bahagian sinus membengkak dan menyebabkan saluran hingus ke hidung & tekak tersumbat. Apabila tersumbat, ia menyebabkan wujudnya tekanan dan boleh menyebabkan kesakitan di sekeliling bahagian hidung.

Pengalaman peribadi saya dengan kaedah rawatan resdung tradisional

Sejak dulu lagi, pelbagai kaedah rawatan telah saya cuba sendiri, malahan pernah berikhtiar sehingga berjumpa dengan bomoh untuk merawat resdung secara tradisional. Pada waktu tersebut, bomoh itu menitik minyak burung belatuk di dalam hidung untuk merawat penyakit ini. Malangnya, ia langsung tidak memberikan kesan.

Bukan itu sahaja, pernah juga saya menurut rakan yang juga mengalami masalah resdung untuk berubat dengan bomoh yang merawat resdung secara tradisional iaitu dengan melilin muka. Jika anda pernah melihat “ritual” ini, biasanya bomoh akan menyuruh anda berbaring dan kemudian meletakkan kain hitam untuk meliputi badan anda. Kemudian, bomoh itu akan membakar lilin yang kononnya telah dijampi dan mempunyai ramuan yang mengeluarkan asap aneh yang turun ke bawah (terbalik, sepatutnya asap naik ke atas).

Asap yang keluar ini seterusnya akan dikenakan pada bahagian muka. Ya, memang tidak dapat dinafikan terdapat benda-benda halus yang kelihatan seperti ulat (putih kekuningan) pada bahagian muka) yang mula timbul selepas muka anda diperasap. Kata bomoh tersebut, ulat resdung inilah yang “tinggal” di dalam muka anda yang menyebabkan jerawat juga (kebetulan saya mempunyai masalah jerawat juga), dan ia akan mati jika diperasap. Anda juga akan disuruh menyedut asap itu dengan hidung. Akhirnya, kerana asap yang dihidu itu, akan akan mula bersin, dan akan nampaklah benda-benda halus keputihan yang keluar dan dapat dilihat dengan jelas di atas kain hitam tersebut.

Tapi, adakah ulat resdung itu benar?

Selepas beberapa lama mempercayai perkara ini, akhirnya saya terjumpa artikel daripada portal Pusat Maklumat Rakyat (Portal 1Klik) yang memberikan penerangan terperinci tentang ulat resdung. Kemudian, saya terjumpa juga beberapa artikel lain yang menerangkan bahawa sebenarnya, benda yang keluar tersebut bukanlah “ulat resdung”, tetapi sebaliknya hablur daripada lilin tadi yang bercampur dengan asap. Jadi apabila ia mengenai muka anda, hablur lilin akan tertinggal tetapi asap lilin tersebut sahaja yang hilang. Nak dijadikan kesimpulan, ini semua silap mata.

Tanda tanda resdung yang pernah saya hadapi

Sebelum ini, saya akan mengalami masalah pernafasan setiap kali bangun tidur pada waktu subuh. Oleh kerana suasana yang sejuk, hidung saya biasanya akan tersumbat, dan saya akan merasakan tekanan pada bahagian hidung. Ketika mandi, saya akan mula menghadapi masalah bersin dan terpaksa berulang kali mengeluarkan kahak. Selepas mandi pula, saya biasanya akan bersin dengan sangat kerap sehingga menyukarkan untuk bersiap. Ketika solat juga, saya boleh merasakan terdapat tekanan di bahagian hidung. Masalah ini hanya akan beransur hilang apabila suasana sejuk mulai hilang. Jika anda menghidap penyakit resdung, saya yakin anda juga tidak tahan untuk menghadapi masalah yang sama setiap hari. Paling teruk jika bercuti di kawasan sejuk seperti Cameron Highlands, sudah pasti anda tidak akan dapat menikmati percutian kerana hidung tersumbat.

Bukan itu sahaja, saya juga sering menguap, sehinggakan kadang-kadang kelihatan tidak masuk akal. Untuk pengetahuan anda, saya akan kerap menguap walaupun ketika bersukan seperti bermain futsal. Orang lain ingatkan saya rasa bosan, tapi sebenarnya ia disebabkan kekurangan oksigen di dalam badan yang disebabkan kesukaran bernafas kerana hidung yang sentiasa tersumbat. Masalah ini berterusan sehinggalah pertengahan tahun 2016.

Ubat resdung paling mujarab yang pernah dicuba

Ubat Resdung Paling Mujarab Al-Muslihin Herbs

Pada tahun 2016 sewaktu beraya di rumah rakan, saya telah bertemu dengan ibu rakan saya yang juga adalah seorang penghidap penyakit resdung. Masalah beliau dahulunya adalah lebih kronik yang menyebabkan beliau mencuba berpuluh-puluh jenis ubat resdung tradisional dan juga daripada klinik untuk mengatasi masalah ini. Akhirnya, masalah resdung beliau dapat dirawat setelah mencuba produk herba Al-Muslihin Herbs. Beliau mendapat herba ini daripada penjual produk herba tradisional di Kelantan.

Beliau telah memberikan saya sebotol untuk dicuba sendiri di rumah. Memandangkan saya benar-benar ingin mencari ubat resdung paling berkesan (tanpa melakukan pembedahan, iaitu kaedah penyelesaian terbaik daripada doktor), saya telah mengambil keputusan untuk mencuba produk herba ini. Apa yang menarik adalah selepas beberapa minggu menggunakan ubat resdung Al-Muslihin Herbs, saya telah mengalami perubahan ketara.

Setelah menggunakan produk ini, masalah bersin dan hidung tersumbat yang dialami setiap pagi telah beransur-ansur hilang. Sekarang, saya sudah dapat bernafas dengan normal pada waktu pagi walaupun di dalam suasana sejuk. Pada mulanya, saya mengambil 2 biji sehari (sebiji pada waktu pagi dan sebiji pada waktu malam), tetapi selepas ubat resdung ini mula menunjukkan kesan, saya telah mengurangkan dos kepada sebiji sahaja sehari, dan kadangkala 2 hari sekali. Ada hari saya tidak mengambil langsung ubat ini, tetapi saya tetap menyimpan ubat ini sebagai persediaan oleh kerana masalah alahan yang dihadapi.

Inilah herba resdung daripada Al-Muslihin Herbs. Ianya diperbuat daripada ramuan herba, tetapi bahan utamanya adalah kulit kayu manis.

Ubat Resdung Paling Mujarab & Berkesan | Al-Muslihin Herbs
Serbuk herba di dalam kapsul ubat resdung Al-Muslihin Herbs. Untuk memberikan kesan yang pantas, anda boleh mengambilnya dengan melarutkan serbuk di dalam air suam dan diminum.

Produk herba ini juga mudah diambil kerana ia tidak melibatkan perbuatan membuang lendir dan sebagainya. Sebaliknya, anda cuma perlu memakan ubat ini seperti biasa. Tetapi, saya diberikan tips untuk mempercepatkan herba ini meresap ke dalam sistem badan, iaitu dengan membuka kapsul dan melarutkan serbuk ubat resdung ini di dalam segelas air suam dan meminumnya. Kaedah ini sangat berkesan untuk saya.

Jadi, sekiranya anda menghadapi masalah resdung, saya sangat menyarankan anda untuk mencuba herba ini. Walau bagaimanapun, ubat ini tidak sesuai diambil oleh ibu mengandung kerana kesannya yang kuat. Jika anda ingin mencuba produk Al-Muslihin Herbs ini, anda bolehlah menghubungi En. Wazirul di talian 017-880 8004.

Saya harap review herba resdung Al-Muslihin Herbs ini dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat untuk anda yang sedang mencari ubat resdung paling berkesan di luar sana.

 

Berkaitan: Video tips daripada Al-Muslihin Herbs tentang cara mencegah penyakit resdung melalui pemakanan


Anda juga mungkin berminat dengan artikel-artikel ini:

 

Komen Facebook