Zikir Harian Isnin hingga Ahad: Amalan Imam al-Ghazali

Zikir Harian Isnin hingga Ahad 7 Hari Seminggu amalan Imam al-Ghazali | aliff.co | Aliff Mazli Blogger Malaysia

Zikir Harian

Zikir Harian – “Zikir” bererti “ingat” atau “sebut”. Di dalam agama Islam, ia bermaksud mengingati Yang Maha Esa dengan menyebut kalimah suci dan nama-nama Allah. Selain daripada ibadah lain seperti solat dan bersedekah, amalan zikir adalah satu amalan yang boleh memberikan banyak manfaat dan kelebihan kepada orang yang mengamalkannya; bukan sahaja pahala, malah juga hati yang tenang serta keimanan yang teguh.

Ini berdasarkan suatu hadis yang bermaksud:

Daripada Abu Dzar berkata, lalu beliau bertanyakan kepada Nabi Muhammad ﷺ: “Sukakah Engkau (wahai Muhammad) untuk memberitahu ucapan apakah yang paling disukai Allah S.W.T.?”

Lalu Baginda menjawab: “Subhanallahi wabihamdih” (Maha suci Allah dan segala pujian bagi-Nya.)

Zikir Harian Amalan Imam al-Ghazali

Berikut adalah zikir harian sepertimana yang diamalkan oleh Imam al-Ghazali. Jadi, marilah kita bersama-sama mengamalkannya supaya kita akan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat. Sebaik-baiknya, setiap zikir ini dibacakan sebanyak 1000 kali*. Namun begitu, anda tidak perlu terikat dengan bilangan ini kerana semakin banyak kali dibaca, In Sha Allah, lebih banyak pahala yang diberikan oleh Allah S.W.T.

*Sebenarnya, tidaklah sukar untuk menyempurnakan 1000 kali bacaan sehari. Anda boleh menggunakan kaedah pecahan iaitu melakukan 200 kali bacaan setiap kali selepas solat fardhu 5 waktu.

Tips: Bacaan rumi juga disertakan di sini dan ia ditandakan dengan tulisan hijau.


Zikir Hari Jumaat

zikir harian

Ya Allah

(Wahai Allah)

Fadhilatnya:

Anda akan diberikan nikmat dapat mengerjakan solat, mengekalkan keimanan, menjadi seorang yang berusaha; dan bagi wanita, akan merasakan senang dan suka untuk menutup aurat dengan baik.


Zikir Hari Sabtu

Zikir harian

Laa ilaha illallah

(tiada tuhan melainkan Allah)

Fadhilatnya:

Anda akan diberikan ketenangan jiwa.


Zikir Hari Ahad

zikir harian

Yaa Hayyu yaa qoyyum

(Wahai yang sentiasa hidup dan sentiasa kekal)

Fadhilatnya:

Kehidupan anda akan dipelihara oleh Allah.


Zikir Hari Isnin

zikir harian

Laa haula walaa quwwata illaa billa hil aliyyil ‘azim

(Tiada daya dan upaya kecuali dengan kurniaan Allah yang maha besar)

Fadhilatnya:

Satu kalimah disebut akan diberikan ganjaran pahala sebesar Bukit Uhud. Selain itu, ia akan menghilangkan sifat sombong, riak dan cintakan perkara-perkara duniawi.


Zikir Hari Selasa

zikir harian

Allahumma solli ‘ala sayyidina muhammadin nabiyyil ummiyyi wa’ala alihi wasohbihi wasallim

(Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad nabimu yang Ummi, dan ke atas keluarga serta sahabat-sahabatnya dan ucapkan salam kepada mereka)

atau

Jika mahukan zikir yang lebih ringkas, anda juga boleh berselawat:

zikir harian

Allahumma solli a’la muhammad

(Allah berselawat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad)

Fadhilatnya:

Anda akan diberikan rahmat oleh Allah dan mendapat syafaat Nabi Muhammad ﷺ di akhirat kelak.


Zikir Hari Rabu

zikir harian

Astaghfirullahal’azim

(Aku memohon keampunan kepada Allah)

Fadhilatnya:

Setiap kali sebutan akan menghapuskan satu titik hitam di dalam hati anda.


Zikir Hari Khamis

zikir harian

Subhanallahil azimi wabihamdih

(Segala puji bagi Allah yang maha besar dan segala puji bagi-Nya)

Fadhilatnya:

Akan dihapuskan dosa-dosa anda sebanyak buih di lautan. Setiap kali disebut akan tertumbuh 1 pohon di taman syurga untuk sesiapa yang mengamalkannya.


Video Zikir Harian

Klik/tap butang “play” di video ini untuk mendengar bacaan zikir harian daripada kalimah-kalimah suci yang dapat menenangkan jiwa. Mudah-mudahan kita mendapat pahala meskipun dengan amalan mendengar. In Sha Allah.

Anda juga mungkin berminat dengan topik-topik berkaitan:

Lagi topik-topik menarik untuk dibaca:

Komen Facebook