3 Waktu Tidur Di Dalam Islam Untuk Kebaikan & Kesihatan

Waktu Tidur Dalam Islam, Waktu Qailullah

Tidur adalah suatu perkara yang lumrah sebagai manusia, kerana kita perlu berehat dan “cas semula” tubuh badan selepas penat dengan aktiviti seharian. Di dalam artikel ini, kita akan menyentuh perihal tidur di luar bidang saintifik. Sebaliknya, akan kita kupas melalui pandangan Islam.

Selain waktu tidu di malam hari, ada 3 lagi jenis tidur yang perlu kita ketahui, iaitu:

TIDUR HAILULLAH, TIDUR QAILULLAH & TIDUR ‘AILULLAH.

1 . Tidur HAILULLAH : Tidur yang menghalang rezeki.

2 .Tidur QOILULLAH : Tidur yang disunnahkan Rasulullah.

3 .Tidur ‘ AILULLAH : Tidur yang menyebabkan datangnya penyakit.

Tidur Waktu Hailullah

Tidur setelah melaksanakan solat subuh, dinamakan demikian kerana tidur tersebut dapat menghalang dari rezeki yang ALLAH SUBHANAHU WA-TA’ALA tebar pada waktu pagi hari.

Tidur Waktu Qailullah

Tidur sebelum melakukan solat zohor sekitar 25 – 30 minit sebelum masuk waktu zohor, tidur jenis ini sangat bemanfaat dan sangat dianjurkan oleh Rasulullah.

Dijelaskan bahawa ketika musim panas Rasulullah tidur sebelum zohor dan ketika musim dingin Nabi Muhammad tidur setelah zohor.

Dikatakan bahawa tidur yang bersifat “power nap” ini boleh membantu mencergaskan minda and jasmani sehingga waktu malam, meskipun tempoh tidur cuma sekejap.

Tidur Waktu ‘Ailullah

Tidur setelah melakukan solat asar, tidur jenis ini dapat menyebabkan berbagai penyakit, diantaranya adalah: sesak nafas, murung, gelisah & mudah pelupa.

Semoga kita dapat mengambil pengetahuan yang bernilai melalui tulisan ini & mengamalkan dalam kehidupan kita setiap hari untuk kebaikan dunia & akhirat.

Semoga bermanfaat, insyaAllah… Aamiin.

Wallahu’alam.

Leave a Reply