Hadiah Untuk Lelaki: Idea Universal & Spesifik Mengikut Penerima

Hadiah untuk Lelaki | 30+ idea menarik untuk dipilih

Setiap daripada kita pasti mempunyai seseorang bergelar lelaki yang sangat kita hargai. Tidak kiralah sama ada yang mempunyai pertalian darah (seperti ayah, abang, mahupun adik) ataupun tidak (suami, guru, bos, sahabat lelaki, mahupun rakan sejabat), sudah pasti ada special occasion seperti hari jadi, majlis ulang tahun, majlis perpisahan, dan lain-lain yang membuatkan kita ingin memberikan sesuatu kepada mereka untuk menzahirkan penghargaan kita terhadap mereka. OK, sekarang masalahnya cuma satu: apakah hadiah untuk lelaki yang sesuai untuk dibeli?

Jangan pening! Dalam artikel ini, saya kongsikan beberapa idea hadiah untuk lelaki yang disertakan cadangan peribadi saya mengikut bajet yang ada, kesesuaian hadiah dengan si penerima, dan kebergunaan hadiah yang akan dibeli. Anda mungkin biasa cari di blog lain, ada yang cadangkan anda beri macam-macam, kan? Dron ada, beer holder pun ada, tapi kebanyakannya mungkin tidak masuk akal. Jadi untuk mudahkan hidup anda, admin kategorikan idea hadiah untuk lelaki ini mengikut:

  1. idea hadiah universal yang “evergreen” (jenis tak lapuk dek zaman);
  2. idea hadiah universal yang inovatif dan canggih;
  3. idea hadiah yang spesifik mengikut jenis penerima; dan
  4. Bonus: idea hadiah mengikut hobi atau minat penerima.

20 Idea Hadiah untuk Lelaki Jenis Universal

A. Hadiah “Evergreen”

1. Dompet

Dompet adalah salah satu daripada hadiah yang sangat berguna kerana hampir setiap lelaki menggunakannya. Bukan itu saja, lelaki biasanya malas membeli dompet baru dan hanya akan beli apabila dompet mereka betul-betul sudah lusuh atau koyak. Jadi, perhatikan dompet diorang, kalau dah nampak macam lepat pisang tu, maka dompet sememangnya idea hadiah yang bagus! Pilihan alternatif kalau anda nak beri sesuatu yang lebih ranggi, boleh juga belikan man clutch.

Hadiah untuk Lelaki | Men's Clutch

2. Minyak Wangi

Lelaki biasanya tak kisah sangat tentang bau sendiri, kebanyakan daripada mereka hanya pentingkan yang basic iaitu asalkan badan tak berbau. Jadi, minyak wangi memang salah satu daripada idea yang baik dan tidak akan terbazir, terutamanya sebab diorang masih boleh simpan dan memakai minyak wangi tu kemudian kalau diorang dah ada minyak wangi pada masa tersebut.

3. Tali Pinggang

Tali pinggang juga adalah salah satu idea yang bagus, kerana biasanya lelaku bersifat cincai dan pakai 1 tali pinggang untuk semua occasion. Jadi kalau si penerima anda adalah jenis yang macam ni, apa kata anda belikan jenis tali pinggang yang diorang belum pernah ada. Contohnya, kalau si penerima selalu dilihat memakai tali pinggang hitam sahaja, belikan tali pinggang warna coklat untuk dipadankan dengan kasut coklat.

4. Tali Leher

Tali leher adalah salah satu daripada hadiah untuk lelaki yang sangat universal, kerana biasanya seseorang lelaki akan menyimpan tali leher pelbagai corak untuk kegunaan masa hadapan. Selain itu, tali leher juga sangat tahan lama. Tetapi, anda mungkin nak mengambil kira sama ada ianya sesuatu yang akan dipakai oleh si penerima, sebab takut rugi dibeli tapi 10 tahun sekali saja dipakainya nanti.

Hadiah untuk Lelaki | Tali Leher

Tapi, kalau si penerima tu jenis yang bekerja di environment yang tidak akan memerlukan si dia memakai tali leher (contohnya, bahagian manufacturing, oil and gas dan lain-lain badan beruniform), mungkin idea ini kurang sesuai. Sebaliknya, kalau si penerima bekerja di pejabat atau selalu menghadiri majlis formal, tali leher memang sangat sesuai.

5. Baju Kemeja

Baju kemeja juga sangat sesuai untuk diberikan buat sesiapa sahaja. Bukan itu saja, ia adalah sesuatu yang akan sentiasa dipakai kerana terdapat pelbagai occasion untuknya. Tetapi, anda perlu berhati-hati dalam memilih saiz, corak yang disukai, dan juga sama ada si pemakai sudah mempunyai jenis kemeja yang ingin diberikan.

6. Set Pencukur

Lelaki dengan misai dan jambang memang tak dapat dipisahkan. Biasanya, lelaki ini suka guna pisau cukur Gillette hanya RM2 untuk bercukur sebab murah. Tapi, apa kata anda belikan jenis pencukur yang lebih berkualiti dan baik untuk digunakan? Terdapat pelbagai jenis pencukur, sama ada mesin pencukur ataupun yang manual.

Hadiah untuk Lelaki | Set Pencukur "Awesome Shave Kit" daripada Shaves2U
“Awesome Shave Kit” daripada Shaves2U.

Kalau nak lagi best, anda juga boleh berikan set pencukur full-set seperti yang dijual oleh Shaves2U ni, yang datang bersama bilah pencukur, krim pencukur, dan juga aftershave cream. Sila klik pada link untuk ke laman web Shaves2U dan tengok harga set pencukur “Awesome Shave Kit” Shaves2U kalau berkenan (harga bermula RM70). Diorang jual benda ni online je, kat kedai confirm takde tapi penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia.

7. Beg

Beg ni ada macam-macam jenis, jadi terpulang kepada bajet anda, anda bolehlah memilih sama ada nak bagi briefcase (lebih sesuai untuk penerima kerja pejabat), beg galas, beg laptop, beg sandang, travel bag, pouch bag dan lain-lain.

8. Kasut

Kasut adalah di antara hadiah untuk lelaki yang paling versatile untuk diberikan kepada sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi kasut biasanya adalah sesuatu yang akan selalu digunakan si penerima. Tetapi, biasanya si penerima perlulah menjadi seseorang yang anda kenal buat sesuatu tempoh yang sesuai. Bukan apa, kalau anda kenal cukup lama dan selalu jumpa (mungkin ahli keluarga, rakan kerja, atau rakan lepak) , kemungkinan besar anda akan melihat semua koleksi kasut yang si penerima ada. Lelaki tak macam perempuan kan, biasanya ada 1 kasut kulit, 1 kasut kasual, 1 kasut sukan, dan mungkin 1 kasut spesifik untuk jenis sukan yang mereka selalu main).

Cuma bab kasut ni, ada satu hal yang kena hati-hati, iaitu untuk pastikan saiz yang betul. Kalau nak selamat, masa beli di kedai tu tanyakan dulu tentang polisi menukar saiz (berapa lama tempoh dibenarkan).

9. Topi

Topi juga adalah salah satu hadiah untuk lelaki yang mungkin anda nak consider. Tapi, anda perlu tengok dulu sama ada si penerima ni jenis yang suka memakai topi ataupun tidak. Ada sesetengah lelaki tu tak suka letak apa-apa atas kepala (tak nak rosak fesyen rambut la kot). Jadi kalau nak tahu, cuba fikirkan selama anda kenal si penerima, pernah tak nampak dia pakai topi, atau kopiah, atau beanie. Kalau pernah, topi boleh jadi pilihan yang baik.

Selain tu, topi ni ada banyak jenis. Jadi, anda bebas untuk pilih sama ada nak bagi topi suka-suka (macam fedora), tapi kalau saya, lebih baik bagi topi kasual gaya Joe Flizzow untuk “nak ke tanak, lepak mamak”.

10. Drill & Set Bertukang

Drill daripada Black & Decker.

Biasanya, golongan lelaki ni minat bertukang (geng-geng aww tu jangan dikira. Yang tu idea hadiah untuk lelaki saya tulis ni tak boleh pakai, nak kena buat artikel “hadiah untuk lelaki lembut” baru kena haha. OK baik, lupakan tentang geng-geng Sajat ni kejap dan kita doakan mereka kembali ke jalan benar). Kat rumah tu, selalunya akan ada saja perkara yang disuruh lelaki buat, seperti repair pintu kabinet, pasang perabot IKEA, dan macam-macam lagi. Jadi, memang sangat sesuai kalau nak diberi. Tapi, memandangkan drill ni biasanya orang simpan satu je, jadi mungkin anda boleh buat-buat tanya dulu untuk survey sebelum dibeli.

Lagi satu, saya ni jenis yang berprinsip hidup setiap lelaki mesti kena ada tollbox sendiri. Jadi, anda mungkin juga boleh bagi toolbox. Kalau mereka dah ada satu di rumah pun, lagi satu yang anda beri mungkin boleh disimpan di dalam bonet kereta untuk waktu kecemasan.


Loading…


Hadiah Canggih dan “Trendy”

11. Dron Mini

Hadiah untuk Lelaki | Dron Mini

Kalau si penerima jenis yang meminati fotografi, anda bolehlah juga menghadiahkan dron mini. Dengan saiznya yang kompak dan harga yang lebih berpatutan berbanding dron bersaiz penuh, dron mini ni juga sangat mudah untuk dibawa oleh si penerima ke mana-mana. Cuma lepas ni, anda kena la hadap si penerima selalu upload gambar aerial view kat Instagram dia. hehe.

12. Wireless Speaker

Hadiah untuk Lelaki | Bluetooth Speaker
JBL Charge 3, sebuah wireless speaker dengan bluetooth dan kalis air.

Wireless Speaker juga adalah di antara gajet yang pasti digemari si penerima. Boleh la buat dengar lagu pagi-pagi di rumah, atau bila keluar lepak kat pantai dan sebagainya.

13. Health Tracker atau Smart Watch

Hadiah untuk Lelaki | Smart Watch

Untuk si penerima yang suka jaga kesihatan (atau anda nak dia jaga kesihatan), anda juga boleh hadiahkan health tracker. Antara jenama-jenama yang famous adalah Fitbit, Garmin (ya, diorang dah lama berhenti buat alat GPS, Waze dan Google Maps punya pasal), Apple iWatch, dan Samsung S Watch. Harga ikut bajet masing-masing la ye.

14. GoPro

Hadiah untuk Lelaki | GoPro

Sekarang ni, GoPro adalah salah satu di antara gadget yang menjadi kegilaan ramai. Ia boleh digunakan untuk merekod video, menangkap gambar, dan apa yang menjadikannya gadget yang sangat popular adalah kerana ia sangat tahan lasak. Jadi, kalau si penerima adalah seorang yang suka mengambil gambar dan gemar melancong (dan kalau anda ada bajet lebih, contohnya kalau nak diberi kepada rakan ofis dan anda berkongsi bajet hadiah dengan 15 orang), GoPro lah jawapannya!

15. Earphone atau Headphone

Earphone atau Headphone juga adalah salah satu hadiah untuk lelaki trendy yang sangat versatile. Kalau si penerima jenis minat mendengar lagu, apa kata anda hadiahkan earphone ataupun headphone? Kalau nak bagi hadiah macam ni, anda cuma perlu tentukan yang mana satu lagi dia minat, sama ada on-ear headphone (yang besar gedabak macam DJ selalu pakai tu), on-ear earphone, ataupun earbud (yang cucuk dalam telinga).

16. Tablet & Headphone Organiser

Hadiah untuk Lelaki | Tablet & Headphone Organiser
Organiser MĂ–JLIGHET daripada IKEA sesuai dijadikan hadiah bajet rendah tetapi berguna.

Benda ni nampak remeh, tapi kebanyakan orang lupa tentang masalah yang tak pernah dapat diselesaikan di rumah, iaitu tiada tempat atau cara yang paling kemas untuk menyimpan tablet dan headphones. Apa yang bestnya, IKEA baru saja memperkenalkan organiser ni! Walaupun harganya murah (RM12.90 sahaja), tapi bagi saya sesiapa saja pasti akan menyukai hadiah ini. Anda boleh beli terus di IKEA secara online melalui link ni: https://www.ikea.com/my/en/catalog/products/80434278/

17. External Keyboard atau Mouse

Kalau si penerima adalah seorang yang kerap bekerja menggunakan komputer, ataupun anda kenal dia sebagai seorang tech-geek, saya cadangkan juga anda hadiahkan external keyboard ataupun mouse. Kalau si penerima dah ada alat-alat ni, anda boleh juga belikan sesuatu yang baru sebagai upgrade! Contohnya, kalau penerima dah ada mouse biasa, apa kata belikan bluetooth mouse pula? Nak lagi best, cari yang macam Logitech M331 Silent Plus (sila tonton video di bawah), siap ada noise reduction lagi. Yang ni saya sendiri pun pakai. Bunyi clicking memang slow, dan clicking-nya memang sangat soft dan sangat selesa. Sesiapa yang kerja selalu kena main klik sana klik sini mesti suka).

Salah satu model yang bagus, Logitech M331 Silent Plus. Sila tonton video review oleh JinnyBoy ni!

18. Meja Laptop atau “Lap table”

Hadiah untuk Lelaki | Meja laptop

Meja laptop adalah sejenis hadiah untuk lelaki yang sangat berguna untuk diberikan kepada si penerima yang selalu sibuk bekerja. Orang-orang yang sesuai untuk diberikan hadiah macam ni biasanya adalah rakan sekerja yang anda selalu dapat emel daripada beliau tengah-tengah malam, yang berkemungkinan besar suka buat kerja sambil berbaring atas katil atau duduk di atas sofa. Jadi, untuk geng-geng workaholic yang tak dapat dibendung ni, apa kata anda ceriakan hidup diorang sikit dan berikan hadiah yang buatkan mereka lebih selesa untuk menggunakan laptop sambil berbaring. Kalau makin banyak emel anda dapat tengah malam lepas tu, sila tanggung sendiri ya.

19. Power Bank

Yang ni memang tak perlu cerita panjang, bukan? Sejak zaman Facebook & internet of things ni, data smartphone memang kita tak pernah tutup, dan bateri phone memang laju je habis. Jadi, power bank juga boleh dijadikan hadiah untuk lelaki yang sangat berguna. Lebih-lebih lagi, kalau diorang dah ada pun, ada power bank extra tu takkan jadi masalah untuk sesiapa pun.

20. LED Smart Alarm Clock

Jam loceng elektronik juga adalah salah satu hadiah yang sangat berguna untuk diletakkan di bedside table si penerima. Hadiah ini boleh digunakan setiap hari, dan selain menjadi alarm, ia juga berguna untuk penerima tu tengok jam bila tersedar malam-malam buta, tak perlulah menggagau cari smartphone.


10 Hadiah untuk Lelaki Yang Spesifik Mengikut Penerima

Kalau tak ada idea hadiah di atas yang anda berkenan, apa kata anda lihat pula hadiah-hadiah ni? Dalam senarai-senarai ni, mungkin ada hadiah untuk lelaki yang lebih berbersuaian mengikut hubungan anda dengan si penerima.

Hadiah untuk Bapa

Kebanyakan hadiah untuk lelaki yang mempunyai pertalian darah dengan anda boleh jadi apa sahaja, tetapi kalau anda nak tunjukkan perasaan kasih sayang yang lebih untuk ahli keluarga terutamanya seorang bergelar bapa, mungkin anda boleh pilih mana-mana hadiah ni:

  • Berikan frame gambar eksklusif yang dipadankan dengan gambar-gambar nostalgia bersama bapa
  • Belanja pakej percutian
  • Bawa bapa anda ke Daddy spa
  • Luangkan masa bersama mereka (terutamanya kalau anda jenis yang selalu sibuk dan jarang berjumpa dengan bapa anda)
  • Makan malam (lagi best kalau anda sendiri yang masak, kalau pandai masak. hehe).

Idea-idea ini mungkin nampak ringkas, tapi mengikut pengalaman saya, seorang ayah biasanya tak kisah pasal barang, tetapi mereka lebih inginkan perhatian kerana merekalah yang menjaga dan membesarkan kita hinggakan mereka terpaksa korbankan masa untuk diri sendiri. Jadi pada pandangan peribadi saya, lagi baik kalau kita buat sesuatu sama ada untuk mengimbau kenangan bersama, untuk mereka berehat dan bersantai, atau diraikan dengan meluangkan masa dengan sebaik mungkin dengan mereka.

Hadiah Untuk Suami

  • Boxer shorts (lelaki biasanya suka beli yang biasa-biasa di supermarket, jadi anda boleh belikan yang “premium” sikit. Pasti suami suka!
  • Kek buatan sendiri (hadiah untuk lelaki DIY biasanya lebih dihargainya kerana ia dibuat dengan kasih sayang. hehe)
  • Set penjagaan peribadi
  • Baju tidur custom bersulam atau printed dengan nama suami
  • Jambangan bunga (upah orang hantar ke ofis suami). Bila anda hantar sebagai kejutan hari jadi untuk suami contohnya, mesti mereka malu-malu dan pura-pura tak suka depan office mate bila bunga sampai. Tapi apa-apa pun percayalah, dalam hati diorang ada taman.

Bonus: Hadiah untuk Lelaki Mengikut Hobi

Kalau dah go through 30 idea hadiah pun anda masih lagi tak puas hati, meh sini kita tengok kalau anda berminat untuk berikan hadiah berdasarkan minat si penerima. Yang ni tricky sikit, sebab anda perlu kenal mereka dengan lebih rapat untuk mengetahui hobi mereka.

Action Figure atau Collectible Items

Hadiah untuk Lelaki | Action Figures
Koleksi LEGO Batman

Action Figure atau Collectible Items sangat sesuai untuk penerima yang minat kartun, anime, dan suka kumpul mainan, seperti Gundam, karakter Superheroes, Lego, mahupun Hot Wheels. Tapi, anda mungkin perlu survey apa character yang diorang betul-betul minat, dan sama ada action figure yang anda nak beli tu diorang dah ada dalam koleksi ke belum.

Buku

Untuk ulat buku, bukulah jawapannya. Yang ni pun nak kena tahu genre buku yang diorang minat baca, sama ada fiction atau non-fiction, novel atau self-help, dan sebagainya.

Set bersukan

Untuk lelaki yang minat bersukan, anda juga mungkin ingin hadiahkan set bersukan untuk sukan yang mereka minati. Kalau minat badminton, bolehlah beri raket baru, kalau minat futsal, boleh berikan kasut futsal baru. Kalau minat main congkak, bolehlah berikan set guli baru. Dan lain-lain.

Aksesori kereta

Untuk mat-mat kereta, anda juga mungkin ingin consider alat aksesori kereta, seperti sound system, steering wheel, in-car vacuum dan banyak lagi. Kalau bajet banyak, anda mungkin boleh belanja sport rim, ataupun pakej paint coating.

Pokok & pokok bunga

Fiddle leaf fig” ini adalah sejenis low-light plant yang sangat sesuai ditanam dalam rumah atau kawasan redup. Ia dijual di kebanyakan kedai bunga.

Kalau penerima minat bercucuk tanam, mungkin anda ingin hadiahkan pokok-pokok baru yang diorang belum ada. Zaman sekarang ni, kalau tinggal kat kondo sekalipun, masih boleh buat indoor planting dan tanam pokok seperti fiddle leaf fig, peace lily, dan banyak lagi tanaman yang bukan sahaja mencantikkan ruang, malah boleh membersihkan udara dalam rumah.

By the way, kalau daun.com.my ada jual pokok secara online dan ada membuat penghantaran ke sekitar KL dan Selangor. Kalau nak fiddle leaf fig macam dalam gambar, anda boleh ke website Daun. Mereka jual RM300 untuk pokok setinggi 4-5 kaki (harga termasuk pasu & piring). Kalau nak jimat, saya rekomen pergi beli di tapak semaian je.

Pisau Pelbagai Fungsi

Kalau anda tengok si penerima tu jenis yang sukakan benda-benda handy, atau suka hiking, atau suka memancing, multi-purpose knife atau swiss-army knife adalah idea hadiah yang sangat sesuai dan pasti sangat dihargai.


Anda ada lagi cadangan hadiah untuk lelaki yang tak ada dalam senarai?

OK, kat sini saya dah kongsikan sebanyak mungkin idea yang sempat difikirkan untuk diberikan kepada si penerima yang berstatus lelaki. Kalau anda lagi cadangan best-best yang nak dikongsikan, sila la share dengan cara meletakkan komen kat sini ye. Apa-apa pun, semoga anda dapat sedikit sebanyak manfaat daripada artikel yang tak seberapa ni. Selamat mencari hadiah dan jangan segan-segan share artikel ni dengan member-member anda!

Baca lagi artikel menarik dari blog Aliff.co:

Loading…

Kalau anda sukakan artikel ini, admin mohon anda bagi rating 5 star untuk membakar semangat admin supaya menulis lagi banyak artikel bermanfaat untuk semua netizen. 🙂 Kalau anda nak kongsikan cadangan untuk jadikan artikel ni lagi best, sila berikan komen anda di bawah. Terima kasih!