Resepi Nasi Arab Paling Mudah

Resepi Nasi Arab

Hai korang, tengah lepak-lepak fikir pasal resepi nasi arab ke tuu..? hehe yela kan, PKP ni nak pergi restoran dine-in makan nasi Arab pun tak boleh, takde feeling gitu. Tapi takpe, masak kat rumah pun boleh aje.. yang penting sedap!

Memandangkan korang tengah mencari resepi ni, sabar dulu!! Hari ni Min nak kongsi resepi nasi arab paling mudah guna produk bernama Arabite! Meh sini nak bagitau sikit, Arabite ni adalah produk Muslim Bumiputera keluaran Buana Niaga Enterprise, baru lagi sebelum bulan Puasa hari tu diorang launch produk ni. Produk best, takde bahan pengawet, takde pewarna, dan ada sijil MESTI & disahkan halal jugak.

Nak tahu kenapa min mintak korang rileks dulu? Nahh, baca resepi ni sampai habis. Kalau korang rasa cara masak nasi Arab guna produk ni terlajak mudah, menarik sampai korang teringin nak cuba, haa tangguh jap niat nak masak nasi arab hari ni dan boleh order pek nasi Arab ni dulu. Pastu baru masak, confirm sedap!

Nak order kat mana? Klik link kat gambar bawah ni atau link “Order Arabite” tu jer untuk order melalui WhatsApp (penghantaran satu Malaysia):

Order Arabite

Cara Masak Nasi Arab

Cara masak nasi arab guna Arabite ni senang je. Berapa senang? Sampai orang lelaki bujang pun boleh buat! Korang boleh tengok video ni untuk panduan masakan, atau ikut cara step by step macam kat bawah ni je. Simple, tak pening-pening nak masak.

Sebelum masak, kita tengok dulu apa yang ada dalam pek nasi Arab Arabite.

Resepi Nasi Arab

Hah, ini dia! Dalam setiap pek 750gm, ada:

  1. Beras Basmathi Pusa 1121, 500gm (cukup untuk 6-7 orang makan)
  2. Pes Nasi Arab
  3. Rempah perapan ayam/daging

Cara Masak Nasi

Cara masak nasi arab step-by-step:

  1. Basuh beras terlebih dahulu dan rendam sehingga 30 minit untuk dapatkan tekstur nasi yang baik.
Resepi Nasi Arab
Step 1: Rendah beras selama 30 minit

2. Lepas tu, tapis air rendaman beras sehingga kering.

3. Masukkan pes dan tuangkan 700ml air bersih bersama beras yang sudah direndam tadi.

resepi nasi arab
Step 3: Masukkan pes dan gaul sampai sebati.

4. Kacau sehingga sebati dan mula memasak dalam rice cooker.

Cara Sediakan Ayam atau Daging Menggunakan Rempah Perapan

Cadangan saiz hidangan lauk untuk setiap pek adalah 1 ekor ayam / 1kg daging atau kambing. Dalam kaedah yang Min kongsi ni, kita akan masak lauk berasingan daripada nasi ye. Nak buat cara lain dan eksperimen sendiri tu terpulang lah. Cara sediakan ayam/daging step-by-step:

1. Gaulkan ayam dengan minyak (nak guna olive oil macam dalam video pun boleh) dan rempah.

Resepi nasi arab
Step 1: Gaul ayam dengan minyak & rempah perapan.

2. Biarkan ayam/daging kejap untuk diperap. Berapa lama tu terpulang kepada citarasa individu. Lagi lama perap lagi best, kalau korang nak dia meresap betul-betul. (Dalam video ni, Min perap ayam selama 15 minit je sambil-sambil tunggu rendaman beras siap. Kita buat sekali jalan).

3. Dah cukup masa perap, masukkan perapan ke dalam oven atau ketuhar.

4. Bila dah masak, siap untuk dihidang.

Kalau korang lebih suka tekstur ayam yang lembut, boleh jugak masukkan perapan ayam ke dalam periuk nasi untuk dimasak sekali.

Hidangan Sampingan Yang Wajib Dengan Nasi Arab

Walaupun sekadar tambahan, bagi Min rasa nasi arab ni hanya betul-betul lengkap bila ada salad and sos dia. Lagi padu makan nasi arab dengan 2 benda ni. Yang bestnya, tak payah guna kuali masak-masak pun… potong-potong dan blend je!

Salad Arab

Cara sediakan salad Arab adalah:

Bahan-bahan

Salad Arab
Bahan-bahan utama salad Arab.
  • 2 biji tomato
  • 1 biji timun
  • 1/2 biji bawang besar
  • secubit garam
  • secubit serbuk lada hitam
  • sedikit daun ketumbar
  • Ekstra: Mayonis (kalau anda jenis yang suka mayonis)

Cara Penyediaan

  1. Ambil tomato & timun, dipotong dadu
  2. Hiris bawang besar
  3. Masukkan dalam bekas
  4. Campurkan semua bahan di atas
  5. Gaulkan sehingga rata
  6. Sedia untuk dihidang

Siap!

Sambal Nasi Arab (Sos Harrah)

Ni dia resepi sambal nasi Arab atau sos harrah pulak:

Bahan-bahan

  • 2 biji tomato
  • 3-4 biji cili padi (ikut selera, kalau anda jenis suka pedas boleh letak lebih)
  • secubit garam
  • sedikit daun ketumbar
  • sesudu perahan lemon (tak wajib)

Cara penyediaan:

Sambal Nasi Arab atau Sos Harrah
Blend je semua bahan-bahan.
  1. Kisar semua bahan dalam blender (tak perlu tambah air).
  2. Kalau suka masam-masam sikit, tambah je perahan lemon & kisar sampai rata.
  3. Sedia untuk dihidang.

Siap!

Mudah, kan? 🙂

Hasilnya

Korang tengok la sendiri… boleh buat terliur tak? Haa, kan dah kata, memang simple yang amat!

resepi nasi arab

Dapatkan Nasi Arab Arabite Sekarang

So, kalau korang berminat nak try masak nasi arab guna produk Arabite ni, meh laju-laju WhatsApp stokis Arabite dengan cara klik link kat bawah ni.

Anda boleh order online daripada stokis Arabite melalui WhatsApp. Harga RM27 je sekotak (RM35 termasuk courier ke seluruh Malaysia untuk order 1 pek. Kalau order lagi banyak kita nego balik caj delivery ye).

Selamat mencuba!

Lagi artikel daripada blog ini:

Leave a Reply