Tempat Menarik di Penang: 10 Lokasi Best. No. 2 Memang Wow!

Tempat Menarik di Penang

Tempat Menarik di Penang – Pulau Mutiara ini adalah di antara salah satu lokasi paling menarik untuk dikunjungi di Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada 2 bahagian utama, iaitu sebelah pulau dan Seberang Perai. Bandaraya Georgetown di Pulau Pinang telah pun diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia! Menarik, bukan?

Oleh sebab inilah, Pulau Pinang menjadi salah satu lokasi percutian utama di rantau Asia. Hah, apa tunggu lagi? Jomlah kita melancong ke Pulau Pinang!

Di Pulau Pinang, terdapat banyak lokasi yang menjadi tarikan pelancong. Namun begitu, untuk kali ini saya khususkan kepada 10 tempat menarik di Penang untuk dikunjungi tahun 2018. Yang lain-lain tu kalau anda berminat, pergilah juga ya!

Tips: Link untuk lokasi akan membawa anda terus ke Google Maps. Jadi tak payah pening-pening, bookmark je page ni supaya senang anda nak navigate bila dah sampai Pulau Pinang nanti! 🙂


Bukit Bendera

Tempat Menarik di Penang | Bukit Bendera

Bukit Bendera- tempat menarik di Penang yang wajib dikunjungi ini adalah di antara lokasi paling ikonik kerana anda boleh melihat pemandangan seluruh bandar Pulau Pinang daripada puncaknya. Anda boleh pilih sama ada untuk mendaki (jenuh lah jugak kan), menaiki helikopter (tapi tiada helipad. So, faham-fahamlah ya) ataupun menaiki tren untuk ke puncaknya. Bukit Bendera juga adalah salah satu daripada tempat menarik di Penang pada waktu malam. Beginilah panorama dari puncak Bukit Bendera di waktu malam:

Tempat Menarik di Penang Pada waktu malam | Bukit Bendera
Pemandangan Pulau Pinang pada waktu malam dari Bukit Bendera.

Jadi, pastikan Bukit Bendera ada di dalam senarai anda jika menjejakkan kaki ke Pulau Pinang.

Lokasi: Bukit Bendera

Waktu Operasi: 6:30 pagi – 11:00 malam

Kos: Anda boleh rujuk di laman web untuk caj semasa – Klik di sini


Escape Theme Park

Jika anda adalah seorang yang meminati aktiviti lasak, maka tempat ini sangat sesuai untuk anda memuaskan nafsu lasak anda itu! Terdapat pelbagai aktiviti menarik di lokasi ini yang sesuai untuk semua peringkat usia, tidak kira yang dewasa mahupun kanak-kanak, seperti Go Bananas, Aerobat, Jungle Swinger & Flying Lemur untuk dicuba.

Tempat Menarik di Penang | Escape Theme Park
Aktiviti wall climbing ni pun sesuai juga untuk kanak-kanak!

Anda boleh lihat peta ini ataupun kunjungi terus laman web Escape Theme Park untuk maklumat terperinci berkenaan aktiviti yang ada dan kriteria untuk menyertai aktiviti-aktiviti tersebut. Untuk yang tua bangka tu (lebih 12 tahun), tak dapek la den nak nolong ekau cuba Foxy Burrow.

Lokasi: Teluk Bahang

Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 9:00 pagi – 6:00 petang (Tutup setiap hari Isnin)

Kos:

  • Bayi (0-3 tahun): Percuma (Wajib ada teman yang masuk berbayar)
  • Kanak-kanak (4-12 tahun): RM92
  • Dewasa (13-60 tahun): RM138
  • Warga Emas (61 tahun ke atas): RM92

Harga yang tertera kat sini semuanya adalah harga walk-in. Kalau anda buat online booking, ada diskaun sikit lah (lagi awal lagi murah). Klik di sini untuk lihat harga terkini.

Atau, kalau anda buat company trip atau school trip, ataupun nak beli pas setahun ke ESCAPE Theme Park, diorang ada harga promosi jugak.


Muzium Perang

Tempat Menarik di Penang | Muzium Perang

Ini adalah antara tempat menarik di Penang yang mempunyai unsur-unsur sejarah. May day, may day! Muzium ini mempunyai barang-barang peninggalan sewaktu perang dunia kedua yang digunakan oleh British. Di sini anda dapat melihat anti-craft pit, tempat simpanan peluru, gun firing bay, terowong bawah tanah dan banyak lagi.

Tempat Menarik di Penang | Muzium Tentera
Berek Tentera.

Lokasi: Jalan Batu Maung, Batu Maung

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 6:00 petang

Kos:

  • Dewasa: RM21.20
  • Kanak-kanak: RM10.60

Pasar Malam Batu Feringghi

Tempat Menarik di Penang | Pasar Malam Batu Ferringhi

Salah satu daripada kesilapan terbesar anda adalah apabila anda beritahu satu ofis yang anda akan bercuti ke Pulau Pinang. Jadi, mulalah member order macam-macam. Apa yang bikin panas? Sudah pasti ayat “kau belikan dulu ye, dah balik dari Penang kang aku bayar.” Tapi takpe, sebab anda seorang rakan yang prihatin dan penyabar orangnya, maka anda bolehlah membeli-belah di sini. Untuk kawan-kawan sibuk kirim buah tangan tapi tak tahu apa benda yang dia nak, boleh la cari fridge magnet atau apa-apa yang anda suka, terpulang kepada bajet anda. Terdapat aneka barangan yang dijual, jadi anda hanya perlu pilih. Apa yang lagi best, harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan.

Lokasi: Taman Pantai Batu, Tanjung Bungah

Waktu Operasi: Setiap hari selepas terbenamnya mentari. Nak meriah datang dalam pukul 9:00 atau 10:00 malam.


Penang 3D Trick Art Museum

Tempat Menarik di Penang | Penang 3D Trick Art Museum

Anda suka ilusi dan perkara-perkara kacau otak? Hah, ini tempat yang sesuai untuk dilawati! Muzium ini penuh dengan hasil seni mural yang memberikan efek 3D dan juga figura bersaiz sebenar! Mungkin pengasas muzium ni dapat ilham daripada kata-kata pujangga seperti “dekat tapi jauh” atau “wa nampak lu macam kecik besar kecik besar je” sewaktu “Aha!” moment dia dan last-last decide nak bukak muzium yang berkonsepkan kreatif ni. Apa-apa pun, best tetap best!

Tempat Menarik di Penang | Penang 3D Trick Art Museum

Lokasi: 10, Lebuh Penang, Georgetown

Waktu Operasi: 

  • Isnin – Jumaat: 9:00 pagi – 6:00 petang
  • Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 9:00 pagi – 8:00 malam

Kos: 

Warganegara

  • Dewasa: RM15.00
  • Kanak-Kanak (bawah 12 tahun): RM10.00
  • Warga emas (60 tahun ke atas): RM10.00

Bukan Warganegara

  • Dewasa: RM25.00
  • Kanak-Kanak (bawah 12 tahun): RM15.00
  • Warga emas (60 tahun ke atas): RM15.00

Penang Street Art

Tempat Menarik di Penang | Penang Street Art
Antara mural street art di Pulau Pinang yang paling famous.

Ernest Zachanevic nama diberi, artis hebat daripada Lithuania yang menghasilkan mural-mural kreatif ini. Artis ini menggabungkan mural dan benda-benda sebenar seperti motosikal, basikal dan juga buaian di dalam hasil seninya yang tersendiri. Personally, apa yang saya paling suka adalah cara Ernest mewujudkan satu seni dengan menggabungkan sesuatu yang tidak mempunyai sifat fizikal (lukisan) dan barang-barang yang wujud dan dapat disentuh- seperti lirik lagu Datuk Siti Nurhaliza & Too Phat – dua dunia kita berbeza – Oh yeah! Hasil seni sangat kreatif ini dapat dilihat di sekitar Georgetown.

Tempat Menarik di Penang | Penang Street Art

Jadi, sambil bersiar-siar, anda bolehlah liarkan mata sedikit, lepas tu selfie dengan mural-mural unik ini, OK? Jangan lupa letak hashtag banyak-banyak.

Lokasi:

  • Cannon Street
  • Ah Quee Street
  • Penang Road
  • Chew Jetty
  • Muntri Street
  • Armenian Street

Taman Botani Penang

Tempat Menarik di Penang | Taman Botani Penang

Back to nature sememangnya adalah cara terbaik untuk menikmati cuti anda. Daripada menghadap laptop, PC & kertas hari-hari, pemandangan kawasan menghijau boleh memberikan ketenangan kepada anda.

Tempat ini juga dikenali sebagai Taman Air Terjun Pulau Pinang. Ianya telah dibina oleh pihak British pada tahun 1881. Kawasan berkeluasan  29 hektar kaki persegi ini meliputi Taman Tasik Teratai, Rumah Orchidarium, Denai Hutan Hujan Tropika (Curtis Trail), Rumah Kaktus, Sunken Garden dan banyak lagi. Sepertimana yang disebut di laman web rasmi Taman Botani ini, ia berfungsi sebagai “paru-paru hijau” untuk Pulau Pinang yang pesat membangun.

Tempat Menarik di Penang | Taman Botani Penang
Nah, peta Taman Botani!
Sumber: Laman web rasmi Penang Botanic Garden

Lokasi: 10470 Georgetown

Waktu Operasi: 5:00 pagi – 8:00 malam

Kos: Percuma


Loading…


Taman Negara Penang

Tempat Menarik di Penang | Taman Negara Penang

Kepada yang berkunjung ke Pulau Pinang untuk melarikan diri daripada suasana kota, taman negara ini sememangnya adalah lokasi yang bagus. Di sini terdapat kawasan untuk jungle trekking, berkhemah, memancing, dan menangkap gambar.  Ianya juga dihuni oleh lebih 1000 jenis spesies tumbuh-tumbuhan. Brrrr… bayangkan suasana aman dikelilingi tumbuhan menghijau… dan sekarang lagu “Hijau” daripada Zainal Abidin…

Lokasi: Jalan Hassan Abbas, Balik Pulau, Georgetown

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 5:00 petang

Kos: Percuma (Anda hanya perlu mendaftar di pintu masuk dan mendapatkan permit), kecuali Canopy Walkway.

Tiket ntuk menaiki Canopy Walkway:

  • Dewasa: RM5.00
  • Kanak-kanak: RM3.00

Toy Museum Heritage Garden

Tempat Menarik di Penang | Toy Museum Heritage Garden

Semua orang pasti pernah melalui zaman kanak-kanak dan meminati kartun, anime & sebagainya (malahan ada yang tak nak grow up dan walaupun dah tua bangka tapi masih suka kartun – termasuk saya sendiri). Jadi, di sini anda dapat lihat pelbagai jenis mainan dan figura yang menarik untuk tatapan. Joker? Elmo? Astro Boy? Ultraman? Anda namakan saja! ada lebih daripada 100,000 mainan di sini. Sudah pasti muzium seperti ini dapat mengingatkan kita kembali kepada zaman kanak-kanak yang simple- tiada perkara memeningkan seperti SST, harga minyak dan lain-lain. Jadi untuk ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana, pastikan lokasi ini ada di dalam checklist anda kerana ianya salah satu daripada tempat menarik di Penang untuk kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Penang Toy Museum Heritage Garden.

Lokasi: 1370, MK2, Teluk Bahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 9:00 pagi – 6:00 petang

Kos: 

  • Dewasa (pemegang MyKad): RM15.00
  • Kanak-kanak (pemegang MyKid): RM10.00

Tokong Ular

Tempat Menarik di Penang | Tokong Ular

Salah satu daripada tempat menarik di Penang ini dibina sekitar 1850 sebagai tanda peringatan kepada Chor Soo Kong, seorang sami Buddha yang pandai mengubat penyakit dan giat menjaga kebajikan ular-ular di hutan. Anehnya, sebaik sahaja pembinaan tokong ini selesai, ular-ular ini mula muncul di kawasan tokong dan terus tinggal di situ. Di sini juga lokasi tumpuan pemain ular. Mereka akan datang untuk bermain ular, jadi kalau bernasib baik, anda bolehlah melihat orang beraksi dengan ular di sini.

Tempat Menarik di Penang | Tokong Ular

Lokasi: Sungai Kluang, Bayan Lepas

Waktu Operasi: Setiap hari bermula 6:00 pagi – 7:00 malam

Kos: Percuma


Jangan Lupa Naik Feri!

Tempat Menarik di Penang | Feri Penang

Kalau zaman sekolah rendah dulu, kalau cerita pasal Pulau Pinang, saya ingat 2 benda sahaja, iaitu Jambatan Pulau Pinang & feri. Tak tahulah berapa kali saya buat karangan tentang menaiki feri di Pulau Pinang masa sekolah rendah dulu. Yang kelakarnya, dah umur 25 tahun baru sempat merasa naik feri. Best Yop!

Jadi, sama ada anda pergi mahupun pulang daripada bahagian Pulau, saya sarankan anda memilih untuk menaiki feri at least sekali. Bukan apa, untuk dapatkan pengalaman. Sementara feri-feri ini masih beroperasi, apa kata kita ambil peluang mencubanya. Kalau anda mahu buat Titanic kat depan deck tu pun takpe – cuma perlu buat muka tebal.

Tempat Menarik di Penang | Suasana dalam Feri Penang

Feri ni ada tangga kecil kalau anda ingin naik daripada tingkat bawah ke tingkat atas. Tapi kena berhati-hati ya, sebab tangga tu curam.

Lokasi:

Waktu Operasi: Setiap hari bermula 6:00 pagi (berlepas dari Butterworth) – 11:00 malam (berlepas dari Georgetown)

Kos:

  • Pejalan kaki (dewasa): RM1.20
  • Pejalan kaki (kanak-kanak 5-12 tahun): RM0.60
  • Basikal: RM1.40
  • Motosikal: RM2.00
  • Kereta: RM7.70 (bayar ketika masuk daripada Seberang Perai, sama ada melalui Jambatan Pulau Pinang mahupun Feri)

Anda juga mungkin berminat dengan topik-topik berkaitan:

Lagi topik menarik untuk dibaca:

Lagi Tempat-Tempat Menarik di Pulau Pinang untuk Dikunjungi

Anda tidak puas hati dan mahu lawati lebih banyak tempat menarik di Penang? Boleh, larat atau tidak sahaja! Kunjungilah juga tempat best lain seperti berikut:

  • Amazing World Studio
  • Bazar Chow Rasta
  • Fort Cornwallis
  • Gurney Drive
  • Kek Lok Si Temple
  • Menara Komtar
  • Muzium Hantu
  • Muzium Kamera
  • Nasi Kandar Line Clear
  • Penang Time Tunnel
  • Pantai Kerachut
  • Pantai Monyet
  • Pantai Tanjung Bungah
  • Pantai Teluk Bahang
  • Pesta Penang Sungai Nibong
  • Queen Street
  • Queen Victoria Memorial Clock Tower
  • Rumah Agam Cheong Fatt Tze
  • Rumah P. Ramlee
  • Straits Quay
  • Taman Burung
  • Taman Rama-Rama
  • Time Tunnel 3D Museum
  • Tropical Fruit Farm
  • Wax museum

Banyak lokasi menarik untuk dilawati bukan? Bergantung kepada berapa lama anda melancong & bajet yang ada, anda bolehlah membuat senarai sendiri untuk berkunjung nanti. Ingat, planning cantik-cantik itu penting supaya anda tidak stress dan pening-pening lalat ketika bercuti.


Loading…

Kalau anda sukakan artikel ini, admin mohon anda bagi rating 5 star untuk membakar semangat admin supaya menulis lagi banyak artikel bermanfaat untuk semua netizen. 🙂 Kalau anda nak kongsikan cadangan untuk jadikan artikel ni lagi best, sila berikan komen anda di bawah. Terima kasih di atas sokongan anda!